Posts

Showing posts from June, 2011

Entry tersave separuh

Image
Assalamualaikum semua...
Wah sangat seronok, tengah menaip entry pukul sebelas lebih pagi tadi tetiba auto save entry error. Buat dek je terus taip sebab ingat intenet problem je. Dah abeh taip cek intenet okey je. Tekan save now, tetap error. Pastu selamba je refresh balik, hambik kau Bad Requests. Hoho blogger.com yang bermasalah rupanye.

@@@@@

@@@@@


Maka entry tersebut separuh je tersave. Malas le pulak nak menaip buat kali kedua, so biakan je sehingga mood rajin kembali.
Banyak entry yang tertangguh kat dalam draft, tu la taip separuh jalan je. Apa nak jadilah tuan punya blog ni. Adeh....

Tipu sunat tetap Penipu...

Image
Assalamualaikum....

Seseorang yang da lama tak kontek tetiba je col. Tapi col tersebut diignored, maka sampai la mesej bertanyakan khabar berita terkini. Maklum da lama tak kontek.

Elok2 bermesej tetiba jari sengal gi taip soklan cepumas. Takde niat papepun sebab time tu memang mesej pasal kawan yang nak kawen tahun ni.

Aku: Awk bila nk kawen?


Dia: Sy tunggu awklah....Nk kawin ngn awk


Aku: Sy da tnang la awk...dgn org tmpt sy gak.(Aku mati akal sesaat dua pastu laju je jari jemari taip mesej cam2. Damn...dengan rasminya aku menjadi seorang penipu hari ni.)


Dia: Ngan budak X tu ke? (Dia macam tak puas ati je mesej lik)


Aku: Xla...dgn dia da 2 thn ptus.yg tu sebaya tp yg ni tua dr sy (konpiden je taip mesej camtu)


Dia: Tulah, dulu sy nkkan awk, awk jual mahal... Sy thulah sy ni xhandsome...


Aku: Dah dlm ati sy ada org lain...tunang sy pun xhandsome gak (dalam hati mamat ni cakap pasal hensem pulak dah, ko sendiri cakap ko tak hensem ye bukan aku)


Dia: Iyelah tu...dah bape lama awk tunang?


Aku: …

Hukum-hukum Dasar Syariat Islam

Image
Assalamualaikum semua...

Hari ni nak cite pasal Hukum-hukum Dasar Syariat Islam. Nak share takrif hukum yang selama ni kita dok sebut tapi takrifnya kadang-kadang terkeliru jugak.

Ilmu ni aku amek dari buku hasil penulisan Dato' Ismail Kamus bersama Mohd Azrul Azlen Abd Hamid yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat. Buku penerbitan Telaga Biru ni sangat bermanfaat sebagai panduan fardu ain yang lengkap bergambar. Memang tak bosan sebab gambar berkualiti dan mudah difahami.

Takrif hukum halal, hukum haram, hukum wajib, hukum sunat, hukum makruh, hukum harus, hukum sah dan hukum batal dalam syariat:

Takrif Halal
Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan, atau mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.

Takrif  Haram Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. Hukum ini berlawanan dengan yang halal.
Contohnya: Makanan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan sebagainya. Perbuatan haram …

Saya sayang suami orang

Image
Assalamualaikum.....

Semalam aku sempat gayut dengan seorang kawan. Lamalah jugak bercakap sampai tak kusyuk nak berblog pun. Nak cerita sikit kisah kawan kepada kawan aku ni tapi takleh terlalu detailkan. Cuma sedikit perkongsiaan realiti kehidupan sekarang.

Kawan kepada kawan aku tu sedang berkawan baik dengan suami orang. Sedang merancang untuk berkahwin di luar Malaysia. Kawan aku? Tentulah menentang keras. Family kawan dia aku tak pasti, tapi tak kisah kot.

Aku tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni. Suami orang tersebut atau kawan kepada kawan aku. Ye la bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau sebelah pihak je yang respon takkan menjadi gak. Mungkinkah salah keadaan?

Dalam masa yang sama rasa macam nak salahkan isteri lelaki tersebut. Kenapa tak jaga keperluan suami sendiri? Kenapa membiarkan hati seorang suami terluka dengan sikap dan perangai sehingga terkalih perhatian kepada perempuan lain? Kenapa melawan cakap seorang suami yang baik? Kenapa tak sanggup berubah un…

TOLONG la parking tepi

Image
Entry ni adalah hasil ketidakpuasan hati aku terhadap sikap sesetengah manusia.  Tapi sebenarnya ikut suka diaorang le. Saje je nak tulis entry ni...suke suki je.

Okey2... Ye aku ngaku aku pun termasuk dalam golongan manusia tu kadang-kadang. Tapi cepat je insaf dan tersedar dah tersusahkan orang dan rasa bersalah siap minta maaf lagi bila perlu. Eh jangan salah anggapan, aku bukan nak cakap aku baik sangat ye. Kat bawah tu kejahatan aku. Wink2.

Terbengang bila ada orang suka terparking troli barang merata-rata tempat. Dan sangat terbengang jika merata-rata tempat tu adalah kat tengah-tengah jalan orang nak lalu lalang.

Kadang-kadang bile mood aku tak bagus, dengan tersengaja (sila buang imbuhan ter) aku dush...wat2 terlanggar troli tersebut dengan troli yang aku bawak. Pastu buat muka tak bersalah... Hahaha

Kalau aku punya mood bagus, maka dengan sopan santunnya aku akan tolong alihkan troli tersebut ke tepi. Tuan pembawa troli takkan tak paham2 kot, tengok je ke? Memang hati kering…

Playboy yang sunyi

Image
Pernah tak rasa tak boleh terima bila ditinggalkan oleh seseorang. Rasa nak cari pengganti sebab nak lupakan someone je. Relevan ke buat macam tu? Bukan ke tu dah macam aniaya orang dan diri, cari someone sebagai pengganti untuk lupakan someone. Tak ke kejam macam tu?

Ni cerita sebenar tentang orang yang macam terdesak mencari pengganti. Orang tu tak la rapat sangat pun dengan aku.

Aku pernah korek apa ce dia putus dengan ex girl dia dulu sebab dia selalu cakap pompuan semuanya sama (macam ayat aku cakap lelaki semuanya sama..kui2). Okey aku ngaku aku memang macam penyibuk cikit nak taw. Curious apa yang berlaku sebenarnya.

So dia bukak la cite dia ngan ex dia dulu satu school, sejak school dia memang dah suka ex dia tu, tup-tup dapat kapel dengan awek dia. Dia cakap dia memang sayang gile awek dia tu. Dah ada perancangan nak tunang tunggu awek dia habis blaja je. Dia cakap memang nak nikah la dengan awek dia tu.

Tapi dia pun buat pengakuan dengan aku, dia dengan ex girl dia memang pe…

Kampung Girl...It's me

Image
Memang aku kampung girl, tak reti bersosial macam orang lain. Aku punya cara hidup aku sendiri, aku punya harga diri yang perlu dijaga.

Memang aku kampung girl, kadang-kadang agak kolot. Semua benda baru takut nak cuba. Semua aku buat macam sentiasa berwaspada. Tapi aku bukan pengecut.

Memang aku kampung girl, ganas semacam tak macam gadis-gadis yang lain. Semua benda aku nak buat sendiri kalau boleh. Kenapa nak sakit hati?

Memang aku kampung girl, pakai comel dan kemas macam mana pun aku tetap nampak serabut. Tapi aku bukan seorang yang pengotor.

Memang aku kampung girl, nampak macam tak tahu apa tapi aku tak buta IT, tengok ada blog sendiri lagi... So wat?

**Kredit buat 'teman terbaik' yang menaip entry pendek ni. Time kasih, I publishkan je.. Huhuuu njoy..

Follower hilang lagi

Image
Assalamualaikum semua...


Baru ingat nak membalas kunjungan rakan-rakan yang singgah dan memfollow kembali sesiapa yang meninggalkan jejak. Tapi button followernye nggak muncul.

Banyak cara nak follow tapi aku lebih suka tekan button follow yang ada list follower tu. Rasa cam tak best je follow guna cara lain kecuali blog tu memang tak tunjuk follower dia le.

Semalam ngantuk tahap gaban so sudahnye tertido depan lappy, ari ni nak sambung membalas kunjungan la konon2, spoil pulak follower tak nampak batang idung pun.

Tahun ni dah banyak kali blogspot wat hal. Reading list tetiba takde la, entry hilang la, komen hilang la, follow button takde la. Mungkin dia tengah maintenancekan apa yang patut kot, maklumlah pengguna blogspot ni bukan makin berkurang tapi makin bertambah.

Takpelah cari mood nak karang entry yang tertangguh dulu la, pastu da okey baru merayau-rayau kat blog. Papepun hepy blogging.

Jom berkenalan

Image
Hai semua... Nama saya Putih. Umo saya tak tahu la berapa sebab masa tuan saya amik saya saya dah besar cikit. Agak-agak dalam setahun atau lebih cikit camtu kot. Tuan saya jumpa saya kat surau lama. Masa tu saya kurus kering sebab tak cukup makan
.
Tuan saya kesian dan mengambil saya untuk dibela. Sejak tuan saya bela saya, saya dah makin montel. Tuan saya bagi saya makan ikan rebus dan saya sangat suka ikan rebus. Saya tak makan ikan tak dimasak lagi tu. Eeee hanyirlah..:)
Kadang-kadang tuan saya mandikan saya dan bersihkan telinga saya. Saya sangat bersih walaupun bulu saya berwarna putih. Erm...mungkin sebab tu nama saya putih sebab warna bulu saya lebih banyak putih.
Dulu tuan saya ingat saya ni seekor kucing betina tapi sebenarnya saya seekor kucing jantan. Haha orang terkeliru dengan jantina saya.
Saya sangat suka bermain dan bermanja dengan manusia. Tapi saya tak reti nak simpan kuku saya, jadi bercalar la sape-sape yang rajin melayan saya tu. Bulu saya pun gugur, em mungkin kena g…

Kisah lori sampah kaler pink

Image
Assalamualaikum semua...

Tadi tengok lori alam flora lalu mengangkut sampah sarap kat kawasan sekitar pekan ni. Bau dia toksah citer la...memang 'harum semerbak'. Kalah  perfume korang yang mahal tu.

Sebenarnya tengok lori sampah alam flora tu tetiba teringat lori sampah kaler pink masa kat highway on da way balik dari kampung dulu.
Yang tak boleh blah lori sampah tu kaler pink. Bukan fully pink tapi ada la pink kat belakang lori tu. Kompeni apa la ada lori sampah kaler pink agaknya. Yang pasti bukan alam floral punya.
Bertambah-tambah tak boleh blah driver dia bawak laju nak mampos... Aku rasa mencecah 140 k/m ataupun lebih. Gile ke apa, habis semua kenderaan dia nak potong, memotong dari sebelah kiri lak tu. Kat mana agaknya dia blaja lulus undang-undang mencilok2 kejap dok lorong kiri, mencilok tengah, pastu kanan. Sat g kiri balik. Tak reti bagi signal pulak tu.

Dan bertambah-tambah menambah tak boleh blah, ada ke patut driver dia jelir lidah kat aku. Hampeh je sempat lagi tu…

Kesilapan lelaki ketika mengorat

Image
Eh kau nape aku ngorat awek tu takde respon pun? Takde perasaan pe awek tu? Ntah-ntah lesbian. Amboi2 sedap mulut berbicara, sebelum membuat sebarang kenyataan silalah periksa diri sendiri dolu hokey. Mungkin dah berlaku kesilapan dalam proses mengorat tersebut. Hanya perempuan tu yang tahu.

Kesilapan/kesalahan lelaki ketika mengorat :

Terlalu memuji 
Sape yang tak suka dipujikan? Tapi berpada-padalah, jangan over sangat nanti pompuan akan fikir korang tu jenis yang bermulut manis lak.

Terlalu menunjuk kebaikan
Contohnya suka bercerita tak pernah tinggal solat la, taat kat mak ayah la. Bercerita boleh tapi jangan terlebih-lebih je. Meluat pulak jadinya nanti. Nanti kalau dah jadi hak korang, cite la banyak manapun, sure bangga je dengar.

Gelojoh
Bukan setakat makan je gelojoh, nak tackle awek pun gelojah. Apa kehalnye... Ikutlah step by step nak tackle pun. Mula-mula berkawan la dulu kenal hati budi, da berkawan carilah peluang untuk ke next step. Kalau ada jodoh insyallah ke jinjang pela…

Positifkan diri

Image
Assalamualaikum semua....

Pernah rasa tertekan dengan kehidupan yang semakin mencabar sekarang ni? Of cos le setiap orang ada perasaan tersebut, cuma tahap tekanan dan cara setiap orang meng'handleperasaan tersebut berbeza-beza. Ada yang masalahnye sebesar-besar alam dan ada masalahnye yang sekecik2 kuman tuh. Yang menjadi masalah apabila orang tu tak mampu handle perasaan tersebut sampai sanggup melakukan sesuatu di luar batasan seorang manusia yang normal.


Aku tidak mahu berada dalam golongan tersebut. Kalau ada anak, sanggup campak anak keluar dari tingkap rumahlah. Ada yang bunuh diri, bunuh orang pun ada. Makhluk paling gembira mestilah syaitan sebab dah menang dalam mengkacau bilaukan perasaan manusia. Tapi yelahkan kat Malaysia ni tekanan hidup makin tinggi sebenarnya. Mungkin ada yang tak sedar.
Cubalah positifkan diri seboleh yang mungkin. Kecewa? Semua orang pun pernah kecewa. Kecewa dalam percintaan, dalam pelajaran, dalam pekerjaan dan dalam apa je la yang kita buat. Ta…

Teruna...penting ke?

Image
Assalamualaikum semua...

Lelaki ada teruna ke tak, boleh detek ke? No komen. Ni kang kalau komen lebih-lebih da jadi 18SX pulak dah nanti. Uish tak kuase...

Wahai gadis-gadis diluar sana apa korang akan lakukan kalau korang dapat tahu bakal suami korang dah tak ada teruna, dengan erti kata lain dah pernah terbuat maksiat atau mungkin tercurang. Sila buang perkataan TER.

Ada seorang lelaki yang pernah tanya kat aku soklan cepumas tu. Masa tu dia dah bertunang dan sedang menghitung hari nak berkahwin. Lelaki tu ialah kawan aku merangkap abang angkat aku.

*************
Dia : Abang nak tanya kat sha ni, tapi sha jawab la jujur dan jangan marah abang pulak.
Aku : Nak tanya mende? Tanya je la, kalau sha boleh jawab, sha jawab le. Soklan pe tu sampai buat orang marah?
Dia : Okey, tapi jangan marah ek. Kalau tunang sha pernah terlanjur dengan orang lain, sha boleh terima tak? Sha rasa patut ke tak bagitaw kat bakal isteri tentang perkara tu?
Aku: (terkedu...agak-agak apa aku jawab?) *************
K…

Kenapa sukar menerima cinta?

Image
Banyak sebab kenapa seseorang itu terlalu sukar menerima cinta. Tak kisah la cinta untuk pertama kali ataupun kedua ataupun yang seterusnye. Banyak perkara yang menjadi rintangan dalam menerima cinta daripada orang lain. Antara sebabnya termasuklah:
Takut kecewa
Yup bak kata pepatah 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'. Dalam hal cinta 'kalau takut kecewa, tak payahlah bercinta'.


Menguji tahap keikhlasan Cakap memang la senang je. Tapi sejauh mana keikhlasan si dia tersebut kita tak tahu. Kadang-kadang kita sedang menguji tahap keikhlasan dan kesabaran dia.


Dalam proses mengenali hati budi Sedang menyelami hati budi si dia. Yup jika si dia seorang yang ikhlas, bertanggungjawab, tak salah untuk belajar mencintai orang tersebut.


Tidak mahu pisang berbuah dua kali Trauma dengan kisah cinta lalu yang menjadikan hati tepu terhadap cinta. Hati telah hilang rasa untuk menerima kehadiran lelaki/perempuan lain.


Hidup dengan kenangan lama Dengan erti kata tid…

Ingat aku tak reti marah ke?

Image
Pepatah menyatakan 'buat baik dibalas baik'. Habis tu kalau buat jahat, haruslah balas jahat gak kan? Tak boleh pulak ke macam tu? Habis.....macam mana lak dah? Eh apa ni berperibahasa le pulak.

Ni apasal tetiba aku macam nak meroyan je ni. Mana taknye malam semalam (17 Jun 2011) celcom buat hal. Tak ley connect berukband. Aku ingatkan sebab bil tertunggak dia sekat talian. Maklumlah sejak online customer service dia bermasalah aritu tak pernah lagi bayar bil. Col celcom careline pagi tadi dia cakap celcom memang problem malam tadi. Maknanye semua sekitar KL yang guna berukband  celcom, korang jadi beruk sekalipun memang tak dapat connect. Okey setel masalah.
Perkara berikutnya buat aku meroyan bila aku drive ada la pulak yang spoilkan mood aku  hari ni. Jarang woo aku nak tekan hon sesuka ati kat orang. Apa kes ni sampai nak hon-hon. Masa blaja memandu dulu kan dah diajar hon bila perlu je, tak boleh suka-suka ati je nak bagi hon.
Kesnye ialah kete aku drive asyik kena himpit. …

Nora Elena...Nora Elena...Nora Elena

Image
Assalamualaikum semua...

Tak habis-habis pasal Nora Elena lagi ye. Ala minggu ni dah lastkan, mujur berkesempatan nak menengok last episod Nora Elena. Episod sebelum-sebelum ni asyik terlepas aje. So tengok online le jawabnye.

Apa yang best pasal Nora Elena? Aku tengok sebab teruja kisah dari novel diadaptasi ke drama. Ye la selama ni baca novel, sok seh sok seh je feeling dok imagine jalan cerita. Kali ni bila dah didramakan tak yah nak imaging, tengok je. Tersentuh hati beb.

Ramai yang kondem gak pasal jalan cerita Nora Elena ni. Antaranye....

1. Bukan semua lelaki bertubuh sasa dan berbadan tegap macam SeTan Seth Tan tu. Mana la larat nak gendong wife. Dibuatnya wife lagi berat dan besar dari hubby, apa kes pulak? Ada gak masuk lam paper jadi tajuk utama kang patah pinggang la, apa la. Haish....

2. Bukan semua lelaki sekaya SeTanSeth Tan tu. Everything boleh bagi kat wife. Tiap-tiap ari bagi fresh flower kat wife pun small matter je bagi dia. Ingat murah ke harga fresh flower? Mahu…

Singgit untuk kesihatan

Image
Assalamualaikum semua....

Hari ni jadi jakun jap tengok multifunctional body scale yang boleh timbang berat n ukur tinggi n kira lemak n tekanan darah. Amenda tah nama benda alah tu yang sebenar tataw la. Sebelum ni nampak mesin tu buat dek je tapi hari ni excited pulak nak menerai. Mesin yang aku maksudkan mesin macam dalam pic kat bawah tu ha.
Mesin ni memang made in china. Guna touch screen and ada suara. Korban singgit sebab nak menerai, sekali sekala apa salahnye kan.

Body Fat Index tak boleh counting sebab aku gatal bergerak-gerak dah error, so continue next step terus je setelah 3 kali mencuba tetap error. Dah membazir singgit haruslah printkan buat sampah simpanan.

Ni hasilnya....

Cikit je lagi nak mencecah ideal weight. Halal berhalal je la kan...

Sape-sape yang tak tahu macam mana nak kira BMI meh sini aku ajarkan. Mudah je, formulanya ialah:

Berat (kg) / Tinggi (m) X Tinggi (m)
Contoh  berdasarkan maklumat seperti atas tu:  42.8kg / 1.55m X 1.55m = 42.8 / 2.4025 =17.8
Tingg…

Disappear

Image
Assalamualaikum semua....

Lamanya tuan punya blog ni menyepi dirikan. Last entry macam tengah frust je, macam baru putus cinta je. Sebenarnya tu cerita lama la, da dekat dua tahun. Putus cinta normal la kan?

Sengal nak buat entry yang jiwang karat,  macam tu la jadinya. Ter'feeling pulak sekali. Putus cinta best ke? Kalau la taw bercinta separuh jalan macam tu memang takkan bagi ruang dalam hati untuk belajar mencintai orang. Ye dak?

Tapi kalau difikirkan kita cuma memberi ruang untuk diri belajar menyayangi orang lain selain keluarga dan kawan-kawan. Cuma belajar menyayangi separuh jalan je. Haha

Kalau ada jodoh aku dan dia, Insyaallah aku yakin cinta aku dan dia akan bertaut kembali. Sayang dan cinta tak semestinya bersatu. Masing-masing dah bawa haluan sendiri dan dah ada kehidupan sendiri.

Tutup buku lama, buka buku baru. Tak mudah tapi sentiasa perlu mencuba yang terbaik.

Serik bercinta? Ntah tak dapat jawab soalan tu, tapi da sampai masa memberi peluang kepada diri untuk bel…

Bangkit dari keperitan

Image
Cinta itu sungguh rumit. Kenapa rumit sedangkan ramai diluar sana senang-senang je boleh jatuh cinta dan sekelip mata boleh lupakan kekasih lama dan menerima cinta yang baru.

Ya ramai tapi tak semuakan macam tu. Masih terdapat sebilangan yang mengambil terlalu lama masa untuk kembali kepada keadaan asal (tidak akan seperti asal). Diulangi tidak akan seperti asal.

Satu ketika dulu janji cinta dibuat, kata sayang diucapkan, janji setia bersama dilafazkan. Hati mana yang tidak gembira dan bahagia, insan tersayang memberikan kata-kata manis yang menusuk jauh di lubuk hati.

Tapi dalam menggenggam secebis kebahagiaan itu, diri sendiri tertewas dengan keadaan sekeliling. Sayang yang tersimpul rapi terpaksa diuraikan. Kasih yang sedang mekar terpaksa dibiar layu.

Dalam memberi ruang kepada diri untuk berdiri mencapai cita-cita yang sampai sudah tak kesampaian, hati tewas.

Kekecewaan menjadi berganda, cinta dan cita-cita kedua-duanya musnah. Sedangkan keduanya adalah perkara yang berbeza yang t…