6 Alasan Naikkan Berat

Assalamualaikum...

Berat badan ni kadang-kala menjadi satu isu. Yang kurus nak gemuk cikit, yang gemuk nak kurus. Yang maintain tu duduk diam2 sudah. Tapi yang tak berapa cukup berat nak tambah berat apa salahnya kan... Layan ye la alasan nape nak naikkan berat ni:
  • Boleh apply kerja beruniform. Biasa la kalau nak minta kerja dengan unit beruniform ni berat dan tinggi kena la seimbang. Selalu berat bawah 45kg tu mesti kena rejek awal-awal.

  • Tak nak dipanggil cicak kubing, sekeping macam papan lapis dan sama waktu denganya. Jahat mulut sesetengah manusia tu, melabelkan orang yang kurus seperti itu. Aku pun termasuk dalam manusia bermulut jahat tu kadang2...wahaha

  • Boleh pinjam baju orang lain yang lebih besar. Bila nak pinjam baju yang cantik tak boleh sebab terlalu longgar. Sudahnya berputih mata aje la. Huhuu. So pasni tak berputih mata dah le. Ye kot.

  • Chubby itu menggoda...Wek muntah aku. Ek ni tak semestinya la, kalau chubby tapi badan straight pun apa kes jugak ye dak.

  • Boleh merempit dengan happynya. Tak semua orang tak selesa sebenarnya, tapi ada dikalangan orang yang tak selesa nak merempit sebab terasa melayang je. Haha betol melayang2 merempit. Fuh tak bestnya.

  • Gagah membuat kerja2 yang memerlukan kudrat. Gagah la sangat... Hahaa. Tapi at least takde la lebam2 badan, berbirat2 tangan dek kesan membawa beg or benda yang berat. Tapi yang penting gigih kot dari gagah.
Aku: Bersyukur dengan ciptaanNya.... Kalau semua tinggi dan cukup berat lagi sengit persaingan nak kerja unit beruniformkan. Ada sebab kenapa Allah SWT ciptakan setiap orang itu unik.

Comments

Dieya said…
saya gemuk dan agak pendek..cmne tuh?
Abg Stalker said…
x kesah la gemuk ke kurus,yg ptt ada adalah keyakinan pd diri sdri. :)xde keyakinan mmg x thu le cmne nk berdepan dgn org.
alhmdulillah,msh normal..hehe.
Bui Junaidi said…
kurus atau gemuk janji sihat..hehe
Totie@Tomy said…
teringat pulak kat kawan saya..makan banyak pun badan sekeping jerk..
kiter kene bersyukur..kalo kurus sangat keding sangat..bdw, kene bersyukur..itu penting..(^________^)..
@ Dieya
kamu dah ada ikhwan...hehee.ala tetap comey la mcm dulu...
@Abg Stalker
betol tu....yg penting yakin diri berdepan dgn org...pastu sihat...:)
@nuyui a.k.a miss YUI
alhamdulillah..tompang sonang..hehee
@Onitsuka_hana
suka2 je tu....yg sebenarnya frust cikit..huhuu
@Bui Junaidi
heheee yang penting xde penyakitkan...;p
@Totie@Tomy
best jugak tu..makan je keje tp maintain.metabolisme tinggi tu...
@♥Aien Najwa♥
bersyukur seadanya...disamping berusaha berubah selagi blh n xmembahayakan diri....:)
Run Away said…
gemuk...kurus...harap2 sihat jew kan...;d
Zarif Hazmi said…
mkn byk pun still BMI tak cukup.. hadoi..
@Run Away
terpulang pd keselesaan dirisendiri...tp tu la yg penting sihat walafiat...
:)
@ Zarif Hazmi
itu memang dah jenis badan maintain la tu...hehee

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing