Buffered Earnings vs Metered Earnings

Assalamualaikum....

Sape yang berdaftar dengan Nuffnang tu mesti bercakap pasal BE (buffering earnings). Walaupun aku berdaftar dengan Nuffnang tapi aku tak peduli pun dengan segala istilah tu dulu. Sekarang baru nak memahamkan diri yang  tak faham ni amenda maksudnya semua tu.

Ni pemahaman syok sendiri aku. BE tu earnings yang sedang dipromosikan kat blog kita mengikut tempoh masa tertentu. Metered Earning tu menatang pe pulak dah? Apa yang aku faham metered earnings tu adalah buffered earnings yang dah tamat tempoh promosinya. Eh betol ke tak ni?

Kalau betol, selama ni aku pernah dapat BE la rupanya. Haha tapi aku tak tahu pun BE tu adalah BE. Tapi BE aku ada seciput ja. Maklumlah traffik aku bukannya kencang pun, berblog pun ala2 biskut chipsmore. Kat bawah ni adalah screenshoot buffered earnings yang dah jadi metered earning yang pernah daku dapat pada bulan julai sehingga september 2011:
Pastu memang tak dapat dah, dan baru cek (bila dapat tataw la) ada satu BE yang tersesat. Alhamdulillah walaupun seciput, duit gakkan. Lagi bertahun2 kot baru boleh cashout... Huhuu takpe yang penting enjoy berblogging.

Comments

ok pe..yui xder pon..hikhik..
@nuyui a.k.a miss YUI
hik2...BE sesat...:)
Kamsiah said…
takpe...sikit2 lama2 jadi bukit...
ILA HonEyBuNNy said…
ila 3 tahun berblog baru tahun neh faham apa itu BE dan ME...sama la kita..heheh

tapi xksh sangat...y pntg dpt berblog secara sihat n dpt kenalan..;-)
Dieya said…
aku pun sm sya..kat mana nak check BE ni? tab dia pun aku tataw hahahaha
@Kamsiah
lama lg baru jd bukit tu...heheee
@ILA HonEyBuNNy
hahaa....tu pun sejak org dok rajin nyebut BE...kalau x,xde kesedaran nak amek taw.
betol2....yg penting berblog scara sihat n dpt kenalan...:)
@Dieya
kih3....ko login acc nuffnang pastu klik kat earnings.segala earning akan terpapar kat situ..:)
@アヌムちゃん
setiap satu sen2 je...hehee
cikji said…
yg pnting kita njoy berblog n dpt jupe kwn2 baru :)
@cikji
njoy tu yg penting....heheh
Zarif Hazmi said…
assalam..

rasanya yg ditunjukkan kat dlm gmbar kat atas ni Cost Per Click(CPC) & earning yg dpt adlah berdasarkn berapa byk or klik kat iklan yg kluar tu..

kalau BE, earnings dier byk, maknanya bukan RM0.20 or RM0.50.. And kalau x silap, advertiser akn emeil dlu bru keluar iklan tu..

(sory comment pnjg2, kalau salah tlg btulkan)
@ Zarif Hazmi
salam....
mungkin jugak...hehee saya pun xpro benda2 macam ni. Ingatkan CPC tu kt campaigns. Kat situ mmg ada dpt RM0.25 je

pic kat atas tu sen2 yang sy mksdkn xsmpai singgit pun setiap satu tapi lebih la dari 50 sen.ingatkan ME tu ialah BE.bukan la ye...email xpasan la pulak yg dulu2 tu.

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing