Family atau kawan?

Assalamualaikum....

Baru lepas berYM dengan seorang sahabat. Tetiba teremosi bercerita itu ini dengan dia. Terima kasih buat sahabat yang dimaksudkan kerana sudi melayan emosi yang tak stabil ni. Oke la nak tanya korang ni antara family dan kawan, mana satu yang menjadi keutamaan korang?

Family, kawan, family, kawan...... Eh dua-dua la menjadi keutamaan. Dua-dua pun ada kepentingan tersendiri. Kalau aku pun akan memilih kedua-duanya sebab dua-duanya penting dalam hidup aku.

Tetapi akan sampai satu masa, satu saat di mana kita terpaksa membuat pilihan antara keduanya. Bila tiba saat tu kita dah tak boleh tamak memilih kedua-duanya. Kita harus memilih salah satu je sebagai priority.

Jika aku berada dalam situasi tersebut, sejujurnya aku akan serba salah. Tetapi pendirian aku tetap tak akan berubah iaitu family tetap menjadi priority di dalam kebersalahan tersebut. Family first oke.

Dalam keadaan tersebut satu je harapan kita (aku) sebagai seoarang kawan, semoga kawan-kawan memahami keputusan yang dibuat, semoga kawan-kawan mendoakan yang terbaik. Dan insyaallah selagi ada kudrat, kita juga perlu memahami apa jua keputusan yang kawan2 buat dan tidak menyalahkan mereka serta mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Korang pulak camne? Family ke kawan? Ingat jangan tamak....

Comments

Yatt S. said…
walau macam mana pun, family yang no. 1. terutama mak dan ayah. sebab bila kita jatuh, mereka lah yang pertama akan menyambut.

kawan-kawan belum tentu lagi. melainkan sahabat sejati. tapi susah nak cari sahabat sejati tu. sebab tu family tetap yang utama.
norsharmila said…
family! kawan tu pn mesti faham kalau kita lebih kpd family.

fri(end)
fam(ily)


family end with 'ily'=i love you while friend end with 'end'. hihi
Run Away said…
kalau sy...opcoz famly...;d
@nuyui a.k.a miss YUI
mesti itu yg utama...:)
@ Yatt S.
betol tu...apa2 yg berlaku ttp kembali ke family.kwn2 belom tentu lg...
@norsharmila
haha family first kan..tp friend tu pun xnak end mcm tu je...:)
@Run Away
1st priority ialah family...
ILA HonEyBuNNy said…
mestilah apa2 hal utamakan family dulu...sebab fmly ada seorg ja dalam life kita..

kawan datang dan pergi...

tapi keduanya kena jaga hati...;-)
sue perbs.. said…
sy pon akan utama kan family.. family is first..
KizZ said…
Hihi susah nak jaga hati semuaorang tapi Kiz rasa...kita patut utamakan family kot..
family...apabila diterang dgn baik kawan2 akan memahami =)
Totie@Tomy said…
biasa family first..sbb darah daging..tak akan putus sampai bila2..
Daddylicious said…
mmg serba salah dibuatnya...:)
@ILA HonEyBuNNy
betol ckp ila tu....family yg terutama tp dua2 ttp pnting.
@ sue perbs...
itulah yg terbaik..utamakan family...:)
@KizZ
cuba jaga semuanya tp bla terpksa plh tentulah family jd keutamaan..kn2
@BABY(MAMA AMANA&ARIEF)
hehee....adk beradik...family...
@Mohamadazhan.com
kwn2 yg baik harus cuba memahami...:)
@Totie@Tomy
family ttp familykan apapun...
@Daddylicious
serba salah tp plhn harus dibuat...;p

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing