Kos Ketuk Kereta Kemek

Assalamualaikum....

Ahad hari tu jumpa kawan masa belajar dulu. Cerita punya cerita terkeluar cerita hari tu ada orang terlanggar kereta kakak aku tu sampai kemek la tepi kereta tu. Kawan tu tanya berapa ko mintak kos ganti rugi. Aku jawab tak minta apapun.

Ye la sebenarnya aku dan kakak aku fail bab2 macam tu. Memang tak reti weh nak meletak2 harga kat orang ni dan punya baik hati mengamalkan konsep halal berhalal je la. Kawan aku tu cakap, 'Apasal ko tak minta sikit kos ganti rugi. Mahal weh nak ketuk balik pun walaupun sikit'.

Jawapan aku, kitaorang memang tak tahu pasal menda macam ni. Lagipun time tu malam, nampak macam tak berapa nak kemek pun. Patutlah encik tu macam bersyukur sangat bila kitaorang cakap tak pe la. Dia siap cakap, 'Takpe la ye. Ada rezeki kat lain nanti'.

Tak pe la benda dah lepas, semoga masin mulut encik tu ada la rezeki kat lain nanti.

info: ketika kejadian aku berada dalam kereta menunggu kakak dan mak solat kat surau petronas. bila masa encik tu reverse pun tak tahu. yang aku tahu aku menjerit sebab aku sangat terkejut bila rasa kereta bergoyang2, dah la side belah aku lak tu.

Comments

pernh dlu kemek belah pintu..

dlm rm200+ gak la..tu pon kemek skit aje..
ILA HonEyBuNNy said…
yala...sebab kita perempuan kan..xtau sgt2 bab2 neh..

kalau lelaki sama laki..komfm dah mtk ganti rugi..hehe

xpa..ada la hkmah tu...n rezeki kat lain macam enck tu ckp...
@nuyui a.k.a miss YUI
fuh boleh tahan....biarlah kemek pun...mlyg RM
@ILA HonEyBuNNy
betol tu...mana nak tau sgt benda2 camni...xpe la dah de xperience...tu la moga ada rezeki kot lain nanti.
MulutPayau said…
Dik...nasib baik tak de apa2 kan...bab kereta tu, InsyaAllah ada rezeki kat lain...
@MulutPayau
alhamdulillah....saya tak apa2, kereta je kemek ckit...rezeki insyaallah adalah nanti...:)
EmpayarUtama said…
Sekarang ni kos ketuk lebih mahal dari beli yang 2nd hand. Nama pun dah 'ketuk' sebab tu kena ketuk eh, betul ke aku nih?
Bui Junaidi said…
lain kali bawak dia g jumpa mekanik sama2..kos baiki,biar org tu yg bayar..
Nens Collection said…
naseb bek xde pape aisha n famili..
akak pon xth bape kos die..kereta pon x reti bwk..

semoga ade rezeki lain nnt buat aisha n famili..;)
tamlegend said…
kira halal jela cik aisha oi...jgn dipertikaikan...nnt bunyi mcm tak ikhlas plak...hehehe
@EmpayarUtama
haha apakah yg cuba anda maksudkan tu?
@ Bui Junaidi
tak terfikir semua tu kak...dah la malam time tu..
@Nens Collection
alhamdulillah xde apa.saya pun tahu bawak je keta.nak maintenance suma fail..;p
insyaallah ada rezeki kt lain nanti..:)
@ tamlegend
hehee....oke2 xpertikaikan.dah niat nk halal berhalal kan...;)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing