Peribahasa: Saudara Anjing

Assalamualaikum....

Ada tak antara korang yang pernah dengar orang cakap, "saudara anjing rupanya". Chop jangan salah faham, saudara anjing ni sebenarnya salah satu peribahasa yang jarang orang guna. Bukan saudara mara kepada anjing-anjing tu taw. Jadi apa sebenarnya maksud saudara anjing ni?

Aku nak share la apa yang aku tahu, mak aku ni kira orang lama gak. So dia selalu la guna bahasa yang lama-lama juga kadang2 tu. Berbalik kepada perkataan saudara anjing ni, bunyinya agak kasar sedikit, maklumlah orang kita ni kalau sebut anjing je dah mula fikir nak kena samak la, anjing tu haramlah. Erm masing2 punya pemikirankan.

Tapi dalam peribahasa "saudara anjing" ianya membawa maksud , adik beradik satu ibu tetapi berlainan bapa. Contoh la mak kita berkahwin lain selepas ayah kita meninggal. Dengan suami baru, mak kita melahirkan dua orang anak iaitu adik kepada kitalah. Dua orang adik kita tu dengan kita satu mak tapi berlainan bapa dan orang-orang dulu istilahkan sebagai 'saudara anjing'.

Kalau tanya aku kenapa macam tu? Aku sendiri pun tak tahu, kena soal selidik orang2 tua zaman dulu la asal usul kenapa wujud perkataan macam tu.

Aku: Bahasa lama ni penuh dengan maksud tersirat.

Comments

kdg2 nmpk kasarkan..biar aje..huhu..
Juliet_iRa~" said…
xpernah dengar..

baru ist time dengar ni..heeee
@nuyui a.k.a miss YUI
nampak kasar...tp maksudnya tak...;p
@Juliet_iRa~"
pengetahuan baru utk yg tak tahu..;)
diana said…
pernah dengar jugak macam ni..tapi jarang orang nak guna dh sebab agak kasar bunyi nya..kan??
hoo..adik beradik anjing laaa kira nii..
hahhaha...

hmm..jemput singgh nyer...:)
Run Away said…
sy baru pestime dgr ni...;d
kasar juga bunyi tu.hehe.

indahnya bahasa kalau dihayati baik2 =)
Daddylicious said…
kadang2 pening untuk difahami...:)
Zarif Hazmi said…
wahh.. bru tahu ni, x prnah dgr pun sblm ni.. :D
ZORA said…
hahaha..ade mkne la 2..
~ayusleeping~ said…
ptut nye kena tukar peribahasa tu kan...bunyik mcm xbest..
@diana
ye la org xguna sgt tkt org slh faham..
@TwIstiEs*meSti Mau*
oit...xbaik tau...tu peribahasa je..
@Run Away
hehee dah jarang org guna...jarang la dengarnye...;)
@Mohamadazhan.com
agak kasar tp mendalam maksudnye...
@Daddylicious
huhuu...xpyh faham...dengar je..;p
@Zarif Hazmi
dah tahu pasni dengar org cakap xde la buat2 tahu je..heehe
@ZORA
itulah maksudnye...seperti tertulis...
@~ayusleeping~
org tua2 dulu....depa ckp dgn perumpamaan...;)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook