Assalamualaikum....

Kalau tengok cermin tak sah kalau tak belek2 muka, nampak jerawat mulalah sakit ati. Huhuu itu perkara biasa. Tapi tahukah korang posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat  tentang kesihatan kita walaupun bukanlah segala menyeluruh.

Kalau jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Kalau jerawat kat HIDUNG
Ni pulak kalau jerawat kat batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah.
Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Kalau jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh kat dagu pulak, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Kalau jerawat kat PIPI
Kalau kat pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Kalau kat pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Kalau jerawat kat BADAN (BELAKANG dan DEPAN)
Ni pulak kalau kat badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

**Ini hanyalah sebagai rujukan, untuk maklumat lebih jelas sila dapatkan nasihat doktor. Sumber asal info ini tidak dapat dipastikan. Ini versi edited oleh tuan blog.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative