Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Assalamualaikum...

Menurut pengkaji yang telah membuat kajian mengenai warna kegemaran wanita, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Kat sini adalah tafsiran perwatakan wanita mengikut warna kegemarannya. Tetapi harus diingat jangan terlalu taksub dengan kajian ni, ianya tak harus salah dan tak semestinya betul.

MERAH
Seorang yang berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang. 

BIRU
Seorang yang setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuannya, suka berterus-terang, jujur, cekap, pemaaf dan tegas.

HIJAU
Dinyatakan wanita yang meminati warna ini suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian sehingga kelihatan agak kolot pada pandangan orang lain.

HITAM 
Mereka yang menggemari warna ini seorang yang suka menyendiri, prihatin, kuat dalam menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, pemikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKELAT
Ni mesti lelaki suka, sebabnya wanita yang menggemari warna ni kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti serta hati mereka cepat merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Mereka ini seorang yang pemurah dan bebas hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi serta keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Wanita yang menggemari warna ini suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak orangnya.

KUNING
Seorang yang menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Mereka seorang yang bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Apa ye warna kegemaran aku? Haha dulu suka warna hijau dan biru. Tapi sekarang suka semua warna sebab hidup dengan bermacam-macam warna ni buat hidup lebih meriah. Takkan la sebab minat warna hijau, segala benda nak warna hijau. Aisey tu dah macam terlampau fanatik. Sedikit sebanyak ada gak sebenarnya yang terkena dengan perwatakan diri berdasarkan warna ni. Tapi ingat jangan TAKSUB sangat ye..

Comments

yui suka pink dan purple..

p/s: len bckground ni..
Syuxer said…
boleh la jenguk2 apa warna kegemaran orang yang kita minat..heheh..tapi kalau betul pun, sekadar kebetulan sahaja
@nuyui a.k.a miss YUI
ramai suka pink n purple.laki skang pn suka pink...hehe

p/s:sedang transformer...bertukar..haha
@Syuxer
boleh...untuk suka2 je...hehee jangan taksub ye...:)
Bui Junaidi said…
kak bui tak pasti minat warna apa..hijau suka,merah suka,pepel suka..pendek kata semua suka..hihi
@Bui Junaidi
warna menceriakan hidup kita....hehee suma warna pun sukakan...;p
@NURUL AINI NORAZMAN
peminat pink la ni ye..;p
Totie@Tomy said…
suka purple..nanti anak akak abis ar..hehe purple jerk..nasib baik ayah dia suka pelbagai warna..hehe
Run Away said…
sy shukew wana warni...;d
@ Totie@Tomy
haha...habis la nanti ye kena make over purple.hehee mujur ayahnya jd penyelamat...
@Run Away
warna warni itu meriah....;p

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing