Posts

Showing posts from 2012

1st give away by CIKJI

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Dah lama nak join tapi disebabkan kesibukan yang mengalahkan PM, nyaris terlupa terus. Heheh mujur sempat lagi nak join, bape ari je lagi ni nak tutup kan cikji.

So sempat lagi sape-sape nak join tu. Silalah klik banner kat atas ye kalau berminat nak join dan nak tahu lebih lanjut.


SYARAT-SYARAT 1. Jemput follow cikji + blog sponser JAAkechik(tiada paksaan)----> memang dah folllow dua-dua 2.Mesti likeBawal Suzishop Page -----> dah like guna page Aishah Jahirah 3.Buat entry '1st give away by CIKJI'.----> done Copy picture di atas dan link ke sini. Tinggal link entry anda di ruangan kome----> almost done
Moga ada rezeki...heheh

Jadilah Pokok Kelapa

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lama tak bersiaran. Takde  peluang nak berinternet mengadap blog sebenarnya. Hari-hari memang guna internet tapi disebabkan skema (takut CCTV ke...hahaa) blog terabai. Tempat baru macam tu la. Take time nak sesuaikan diri dan nak mesra alam dengan keadaan sekeliling.

Everything baru, berulang alik sampai rumah dah penat. Sekarang cuti sekolah keadaan trafik memang la okey, takde la jam mana pun. Tengah bayangkan bila sekolah dibuka nanti, sure jam sampai tak sempat beli roti punya la. Hahaa just kidding le, lama tak mencoret kat blog macam ni jadinya.

Banyak benda yang nak ditulis dalam blog tapi asyik pending je. Banyak ilmu baru yang nak dikongsi bersama pun turut tak terkongsi.

Pesanan untuk yang follow tu, nanti aku akan follow semula taw. Nak follow sekarang ni, tak lepas la. Internet kat opis ni block certain website. Mujur blogspot dapat masuk cuma nak follow tak boleh sebab diblock tang tu. Adeh nak bawak internet sendiri, nanti ada yang …

Gaji Memang kena Potong

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dulu pernah buat entry berkenaan kemungkinan kenaikan gaji ditarik sebab pihak pentadbiran tak peka. So kira ni nak updated la kisah selanjutnya apa yang jadi. Memang diaorang kena bayar semula gaji yang kerajaan dah terlebih bayar tu. Tapi without any notis potongan gaji terus dibuat ke atas gaji terakhir mereka pada tahun ni (mungkin gak ada notis tapi tak sampai ke tangan orang yang sepatutnya). Sebab kontak diaorang ni sampai tahun ni je dan tak tahulah tahun depan ada peruntukan untuk sambung ataupun tidak.

Makanya dapat bonus pun macam tak dapat bonus le. Malah lebih kurang daripada gaji asal. Mengeluh memang la mengeluh sebab dah la tahun depan kena cari kerja baru, komitmen bulan ni pun belum tentu dapat dilunaskan sepenuhnya ekoran potongan tersebut. Plan awal duit bonus tu dapatlah menampung belanja tahun hadapan sekiranya kontrak tak sambung, tapi jadi sebaliknya. Owh kena pinjam Ahlong kot next year.

Pendapat aku, sepatutnya bulan ber…

Mood Rindu-rinduan

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Wuu rindunya blog... Buat masa ni memang aku tak dapat online selalu. Kekangan masa dan keadaan tak mengizinkan. Apapun tetap akan cuba luangkan masa untuk balas jejak jika ada masa dan keadaan mengizinkan. Sangat sayang nak tinggalkan dunia blog terus.

Bunyi macam tamak je, hahaa tapi dah jiwa suka mengarut kat blog. Suka ada ramai kawan kat dunia blog. Memang aku rugi tak dapat BW selalu sebab banyak tertinggal pengalaman blogger-blogger lain, info-info yang blogger lain kongsikan.

So langkah mudah, mungkin akan baca melalui google reader je tu pun kalau ada kesempatan, tapi sape yang wat tak full tu sure la aku tak dapat baca habis. Huhuu...

Ada yang bertanya kat entry, kat page....insyaallah akan bagi respon. Maaf kalau ada soalan terlupa nak jawab dan sila ingatkan lagi. Aku tengah banyak benda kena ingat ni, fenin sikit. Tempat kerja jauh dari rumah sewa, memang tak dan nak berinternet. Tak leh berinternet sesuka hati, meja betul2 depan CCT…

Terima Kasih

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Patutnya dah lama buat entry ni. Tapi gambar takde, tak syok jugak nak buat entry. Di tambah dengan tuan blog yang pemalas terlampau ni,  lagi lambatlah cerita ni dijadikan entry. Eh agak bizi sebenarnya.. Bukan tak ingat dan tak berterima kasih.

Ni kiriman daripada Blogger Iedaimmi (kak ieda). Dah lama selamat diterima. Thanks kak ieda untuk hadiah ni... I like it....:)



Bulan October hari tu jadi antara top komen untuk bulan tu, sipi-sipi je pun. Tapi Alhamdulillah rezeki, dapat gift ni.. Hehee time tu banyak masa nak ngadap blog, sekarang takde masa sangat dah. Huhuu


Sekali lagi terima kasih....InsyaAllah moga berkekalan ukhwah walaupun hanya di alam maya...

************ Untuk Blogger  Nuyui aka Miss Yui....rasanya akak tak berterima kasih lagi untuk kad raya Yui bagi.. Hehee lupa le, wuu dah berbulan tu. Terima kasih Yui...:)
(autopublish)

Karnival Jom Makan Buah Putrajaya

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tadi jalan-jalan kat Putrajaya, nampak macam meriah je kat Presint 2 tu. So saje je nyinggah tengok ada apa yang meriah sangat tu. Rupa-rupanya ada karnival jualan buah-buahan tempatan. Usha kejap je sebab tu bukan tujuan utama pun.


Untuk penggemar buah-buahan tempatan yang berdekatan dengan Putrajaya bolehlah datang sebab benda ni sampai 11hb, hari selasa nanti. Ada durian party kat situ, bayaran masuk kanak-kanak RM5, dewasa RM15, warga emas RM10. Aku rasa boleh makan banyak mana nak le kot kat situ. Dalam tu ada tiga jenis buah je-Durian, Manggis dan Rambutan. Aku tak masuk sebab tak hadap nak pulun makan kat situ gak.
Boleh beli macam-macam buah-buahan tempatan lain seperti limau dalam gamba, nangka, manggis, durian, cempedak, langsat dan lain-lain.



Selain tu ada ada la juga jual pokok-pokok, bunga orkid, gerai makanan sikit, pameran sikit. Tak besar mana pun karnival ni tapaknya. Hehee. Ada lagi gamba tapi tak larat nak edit letak watermark …

BE Akhir Tahun

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Alhamdulillah satu BE telah tersesat bila cek nuffnang. Mungkin BE terakhir untuk tahun 2012. Buat tambah total income sedia ada. Rasa macam nak cash out dah tapi malas pulak sebab tengah banyak urusan. Jadi baki bawa ke hadapan le, hehee.

p/s: nak kuar jalan-jalan cuci mata dah..bye...

Sama-sama Bantu Kucing-kucing ni

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Cuma nak share ni dengan korang semua. Kalau tak suka just ignore tapi jangan kutuk-kutuk ye. Mereka pun makhluk Allah walaupun mereka hanyalah kucing, InsyaAllah ramai lagi di luar sana yang sudi membantu.
*****************
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan..

PER : SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGELUARKAN KUCING2 YANG BAKAL DILUPUSKAN DI PUSAT KURUNGAN HAIWAN DBKL SETAPAK

Pada hari yang sama Pertubuhan Aktivis Haiwan diluluskan, kami telah pun berjaya mengeluarkan lebih byk kucing2 yang menunggu masa akhir di Pusat Kurungan Haiwan DBKL ( ini adalah batch kedua telah berjaya dikeluarkan )....Sejak dari minggu lepas hingga ke minggu ini, ubat suntikan maut masih tersimpan rapi di dalam stor perubatan DBKL ( tiada PTS dilakukan )....Kesemua kucing tersebut kini berada di vet Dr Azlan untuk dimandulkan sebelum tindakan susulan dilakukan...Masih ada berbaki berpuluh ekor yang perlu dipindahkan kerana proses pemindahan mereka perlu dilakukan secara…

Tak konsisten

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hasil tak konsisten berblog, page rank blog jatuh. Bila page rank jatuh, alexa rank jatuh, memang confirm la trafik blog pun jatuh. Motif cerita pasal page rank jatuh sebab tiba-tiba mata tengok page rank tepi sidebar tu, tangan pun gatai pi taip entry ni. Uhuhu dulu dah naik jadi 2 tapi lani turun balik jadi 1.

Haha penting ke trafik? Benda tu subjektif. Kadang-kadang bila tengok trafik naik rasa seronok, ada gak orang baca blog kitakan. Apa yang dikongsi (yang tak merapu la.kadang-kadang aku merapu gak) menjadi rujukan untuk orang lain. Ada orang search nak info yang kadang-kadang merupakan pengalaman kita kongsikan. Ada yang tak kisah sebab blog dah jadi diari dia. Aku? Golongan tengah-tengah ja.

Erm....kalau dia(PR) naik Alhamdulillah, tapi time dia turun biar je la. Aku bukan blogger tegar mana pun. Kalau ada masa, mood tak ke laut memang enjoy berblog. Love blogging...

Kalau bizi, mood tak betul sangat blog ditinggal-tinggalkan la. Memang b…

SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak join segmen le...Jahat kau sha jarang sangat nak join-join ni... Aku seorang yang last minit bab-bab macam ni. Segmen ni dah nampak hari tu, dok tangguh-tangguh. Tapi kalau mai mood rajin tu, laju je... Heheh spesies gitu nak wat camne.

Oke la nak ajak korang yang tak join lagi, moh kite join segmen yang dianjurkan oleh Pokok Manggis Depan Rumah.

Nak join dan nak tahu lebih detail bolehlah klik banner kat atas tu.

Sebagai Seorang Sahabat

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Sebagai  seorang sahabat aku akanmencuba yang terbaik untuk tidak menyusahkan sahabat sendiri. Selagi boleh elak dan selesaikan sendiri, akanku cuba tidak menyusahkan orang lain.

Sebagai  seorang sahabat aku akan mencuba untuk menerima seadanya sahabat aku. Keburukan dia, kelemahan dia. Tapi aku juga manusia biasa, kadang-kadang mulut yang takde insurans ni lazer je mengeluarkan ayat sinis.

Sebagai  seorang sahabat aku akan mencuba untuk membetulkan kesalahan serta kesilapan yang sahabat lakukan dengan sengaja atau tanpa sengaja. Namun kadang-kadang aku akui aku tidak cukup bertegas dan terlalu ingin menjaga hati dan perasaan sahabat agar tidak terguris.

Sebagai  seorang sahabat aku akan mencuba untuk tidak membebankan diri sahabat dengan masalah diri. Walaupun kadang-kadang perasaan membuak-buak ingin berkongsi segalan derita di hati, tapi ku biarkan perasaan itu surut sendiri. Kecuali jika perasaan itu tidak terbendung lagi, maaf sahabat kau t…

Timbang Berat Jom...

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Saje je suka-suka timbang berat. Teringat pula tahun lepas pernah buat entry pasal timbang berat gak---->Singgit untuk kesihatan. Harga masih singgit untuk guna machine ni. Machine yang sama tapi kat tempat berlainan. Tahun lepas kat JJ, tapi tahun ni kat Tesco.

Ni tahun lepas punya result...
Yang ni tahun ni punya results...
Dan yang ni timbang kat klinik...beza 2,3 hari je dengan kat atas. Tak tahu apasal lagi ringan + lagi pendek... 
Mana satu nak caya tak tahu le. Tapi penimbang kat supermarket tu selalu mesti berat lebih sikit banding kat klinik or kat rumah. Nak try? Carilah machine yang rupa macam kat bawah ni.... Ala timbang setahun sekali dah le macam aku. Seringgit setahun...kih3. Tak pun pegi jak menyibuk kat klinik, free je.. Penimbang kat rumah ada tapi macam tak best, nak jugak timbang kat tempat lain sekali sekala. :)
See u next year penimbang....hahaa

*********** Baru terkedek2 nak BW.... Tengah pening kepala..Ting-tong........S…

SEO la Sangat

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Apa perasaan korang bila korang nak search something, tapi bila klik kat blog tu maklumat yang korang nak tu takde pun.

Bukan takde apa, kat entry tu cuma ditulis pelbagai jenis ayat SEO untuk menarik orang masuk website dia. Aku cukup geram website macam tu, agak-agak la kot ye pun. Tulis tajuk entry pastu list beberapa perkataan (keyword) yang orang selalu search. Tu je semata-mata.

Nampak sangat pentingkan trakfik je, kebanyakan entry dia hanya dilistkan keyword-keyword yang penting je. Kat search engine nampak macam ada sesuatu tapi sebenarnya kosong, zero, nothing. Bahasa kesat sikit useless. Kalau tiap-tiap hari orang masuk blog dia sumpah seranah, lama-lama jadi doa pulak kang.

Kalau nak bermain dengan SEO pun, apa salahnya taip la entry dan buat la info pasal keyword tersebut. Tak banyak, sikit pun jadilah. Ni betul-betul baris ayat SEO tu je dia letak.

Mungkin la kot, blog dia suka ati dia lakan....tapi aku tetap geram. Sorry la terlepas…

Wordless Wednesday: Buah sampai atas Tanah

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...




Buah yang lebat sampai ke bawah atas tanah..Syok tengok...

Lagu Tema Cinta Itu Milikku

Lagu Tema Cinta Itu Milikku - Kembali - Akim ft Stacy
Lirik Lagu Kembali - Akim ft Stacy

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang runtunkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hatimu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada di sisiku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan darimu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan (beri kekuatan)
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini
************ Drama Cinta Itu Milikku ni memang menyakitkan hati tengok. Geram haish..sudahnya kejap tengok kejap tak. Watak Dini (Ana Dahlia) memang menyakitkan hati. Boleh download lagu ni kat 4shared.com. Ala korang register je senang nak download macam-macam kat 4shared tu.
Ending cite ni apa le agak…

Permulaan Hidup Bukan Pengakhiran

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Perjalanan hidup setiap manusia berbeza-beza. Ada yang lancar sedari kecil hinggalah dewasa. Ada yang dugaan hidupnya besar, tak selancar orang lain. Dan bermacam-macam lagi rencah hidup manusia.

Dugaan...suatu yang subjektif. Ada yang boleh menerima dugaan dengan hati terbuka. Ada yang menyalahkan takdir. Ada yang terlalu pasrah hingga tidak mahu berganjak dari kisah duka.

Takdir...selalu takdir dipersalahkan untuk semua musibah yang berlaku dalam kehidupan. Kadang-kadang bila kepasrahan tertonjol, akan ada kata-kata nista yang tidak sedap didengari telinga. Siapalah kita untuk mengubah takdir yang ditetapkanNYA, tetapi haruslah seiring dengan usaha dan doa kepadaNYA. DIA berkuasa mengubah segalanya. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Perubahan...siapa yang tidak mahu berubah menjadi yang terbaik. Hanya mereka yang dungu sahaja berperasaan tidak mahu berubah. Perubahan kerana culture shock haruslah dielakkan kerana selalunya cu…

Tangani Keguguran Rambut

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dulu pernah terbaca satu fakta mengenai rambut, kalau rambut kita gugur tak lebih daripada 100 helai sehari tu normal. 100 helai? Banyak tu...Bila fikir balik macam auta le pulak. Eh rajin ke nak kira sehelai-sehelai rambut kome...

Wuu sekarang ni rambut aku sedang hadapi masalah keguguran yang pada aku melampau walaupun tak la sampai tahap botak. Tapi cuak gak sebab rambut jenis tak berapa nak tebal. Kalau ikut fakta macam kat atas memang normal lagi la, tapi bila setiap kali sikat rambut, mandi, buka tudung ada rambut yang terkorban, rasa tak best. Tak boleh nak lepas rambut sesuka hati macam dulu dah. Kalau lepas, jenuh la kena sapu or kutip rambut kat lantai.

Kalau dulu sikat rambut best je setakat dua tiga helai rambut je terkorban. Sekarang? Nak sikat rambut pun tension. Jarang sangat lepas rambut, kecuali masa basah la. Mungkin rambut tak cukup nutrien sebab dah makin panjang. Tapi sayang la nak potong rambut sebab dah bertahun simpan. Dah…

Resepi Pemanggang Ajaib: Ayam Goreng Kunyit

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Mood rajin ke dapur. Tapi macam biasa la masak main campak-campak je. Kih3 resepi pun disimplekan ikut cara aku... Guna lak pemanggang ajaib best campak, goncang je. Kali ni try buat ayam goreng kunyit lak guna pemanggang ajaib.

Bahan-bahan:
Ayam yang dipotong kecil (gaul dengan garam dan kunyit)
Cili padi dibelah dua(nak pedas campak banyak)
Bawang besar sebiji (dipotong bulat)
Bawang putih dititik(ketuk)
Sayur (aku suka sayur.selalu letak kacang panjang, brokoli,bunga kobis,carrot,jagung muda.mana yang ada la.ikut korang la)

Cara Masak:
Masukkan ayam yang telah digaul garam dan kunyit ke dalam pemanggang ajaib. Balik-balikkan pemanggang ajaib sampai ayam masak dan garing.
Lepas tu keluarkan ayam letak dalam bekas.

Campak bawang putih. Biar layu sikit. Kemudian campak bawang besar, cili padi, balikkan pemanggang  sampai layu bahan tadi.

Kemudian campak sayuran. Balik2 pemanggang, campurkan ayam yang diasingkan tadi. hehee goncang pemanggang sampai…

Google Plus Profile

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Untuk yang dah bertukar (bergabung) ke google plus profile. Kalau boleh letak la link blog kat google plus profile korang. Wuhuu jenuh nak menjejak kalau takde sebarang URL. Dah tu bila dah gabung, blogger profile memang tak muncul, yang muncul google plus profile korang. Kalau blog yang aku dah biasa tu takpe jugak, ingat URL dia.

Nak letak link camne? Senang je mula-mula pegi la kat google plus profile korang.

Lepas tu klik kat contributor to. Isi la nama blog ngan URL blog. Kalau ada banyak blog tekan add custom link. Pastu jangan lupa tekan save lak.

Last sekali tekan finished editing.

Selesai sudah....Nanti kat google plus profile akan muncul macam ni le. Senang orang nak klik...;p
*********** Semalam konon2 nak BW, alih-alih tido sebelah laptop. Penat jalan-jalan kat MAHA.

update:
Kalau nak letak icon/badges google plus macam aku punya kat sidebar, mungkin tutorial ni dapat membantu----->Cara buat Google Plus Badge

Lagu Tema Terlanjur Cinta

Lagu Tema Terlanjur Cinta-Apa Artinya Cinta-Melly Goeslaw ft Ari Lasso
Lirik Lagu Apa Artinya Cinta-Melly Goeslaw ft Ari Lasso

Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdilku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yang tersirat
Sirami hati merebak

Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum jugakah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum jugakah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali…

Bestnya Macam-macam Posisi Boleh Buat

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lama tak letak picture Belang ataupun nama manja dia Lalang. Lalang ni chipsmore, kejap ada kejap hilang. Hari tu sempat snap picture dia tengah tidur lepas kekenyangan.
Tidur berbantalkan paper bag, Lalang si kucing kertas ni memang tak boleh tinggal kertas betol la.




Dah bosan tidur berbantal paper bag, ubah posisi pulak ke atas lantai. Tapi masih beralas kertas surat khabar. Tidur ngadap dinding le pulak, siap terkangkang lagi. Hai bestnya tengok dia tidur...
Pastu tiba-tiba tidur tutup muka pulak. Apa kes tak tahu la

Dah lemas tutup muka, tidur beralaskan kaki pulak. Apa le kau ni Lalang, aku tidur beralas tangan, kau beralas kaki. 
Last but not least, tutup muka balik. Lalang kata, 'eh jangan la amek gamba dah, Lalang malu le'. Hahaa dialog rekaan aku je tu semata-mata.

Bestnya Lalang bermacam-macam posisi dia boleh buat masa tido. Aksi tak senonoh pun ada.

BE November 2012

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ingatkan bulan November memang tak dapat BE. Alhamdulillah ada satu BE sesat bila cek akaun Nuffnang.


Tak aktif berblog, semua jatuh. Tak pe la, BE bukan sebab utama berblog pun... Smile...:)

Durian Dah Tak Berbunga

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Cerita dah basi. Sabtu minggu lepas aku balik kampung.Yang excitednya musim durian sekarang ni kat Perak taw. Sepanjang jalan memang orang jual durian. Tahun ni Alhamdulillah menjadi-jadi durian kat Perak, tempat aku le.  Tahun lepas dan tahun sebelumnya kalau tak salah ingatan durian memang tak menjadi kat dusun.

Setelah hampir dua tahun tak menjadi, tahun ni menjadi-jadi. Memang tak termakan la siapa yang ada dusun kat kampung tu. Aku tumpang je dusun saudara mara. Time macam ni la nak ngaku saudarakan. Hahaa tak la gurau je la...

Teringat lagu Mr Os nyanyi... Sib baek tak nyanyi kat dusun durian tu..hihi
Lirik lagu Durian Dah Berbunga-Mr Os

'Are you want durian? Yeah! Durian dah berbunga.. Come-come-come-come special for you. Kuning One, D twenty four. Yes'

Oh kome, deghoyan dah berbunge (dah berbunge)
Moh kite minang anok dare (anok dare)
Anok dare, anok dare Bote (dare Bote)
Teman jumpe di Padang Tenggale (iye)

Kate deme, sakit jatuh cinte …