Posts

Showing posts from February, 2013

"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Wuu....tiba-tiba teringat janji untuk menjoinkan diri kat segmen ni. Janji mesti ditepati dan mujur masih berbaki beberapa hari lagi sebelum tamat. Kalau yang belum join tu masih sempat lagi nak join. Last date 28 Februari ni.....

Syaratnya pun mudah dan rasanya semua dah dipenuhi. So jemput la join sama kalau tak join lagi, klik je banner kat atas tu. Tarikh tutup pukul 2359 hrs pada 28 February 2013.

Psst adakah aku menjadi orang terakhir yang join segmen ni? Hahaa best gak jadi penutup.. Gud luck untuk diri sendiri. Hik3

Baucar Tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M)

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

BR1M 2.0...minggu lepas (16 Februari) dapat baucar BR1M bernilai RM250. Aku tak berminat sangat pasal politik ni, tapi dah orang nak bagi duit amek je la. Rezeki jangan ditolak, tak gitu.

Kalau tak salah ingatan daku isi form BR1M tu secara online pada bulan sebelas tahun lepas. Muahehe ingatkan tak dapat le, maklumlah sistemkan bukan kita tahu dah terima ke belum ke. Tak pun sistem tu tingtong ke. Maklumlah sistem ni kadang-kadang menyusahkan manusia jugak.

Sampai sekarang belum tunaikan lagi baucar ni sebab takde masa nak pegi bank pun lagi. Sabtu dan ahad bank tutup. Awat la tak bagi je RM250 cash terus. Tak pun bentuk cek ke, boleh cek deposit je... Heheh banyak songeh pulak dah.

Untuk makluman baucer ni boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank, Public Bank dan Maybank.

Tempoh sah baucar ni aku tak pasti le pulak sampai bila. Macam tahun lepas sampai pertengahan April, tahun ni sama ke lain ke tak pasti le, tak de masa nak…

CPUV @ BE Nuffnang pertama 2013

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Usha akaun Nuffnang, tengok ada BE yang melekat. Baru nak majuk, kenapa BE tak sudi singgah tahun 2013, dah nak masuk hujung bulan dua. Tapi ye la blog ditinggalkan, mana ada masa dah nak ngadap blog. Trafik pun ciput...

Alhamdulillah...sangkut 2 BE. Tapi memang takde masa nak berblog. Nak BW pun tak dapat, taip entry pun laju-laju je.
Aku: Sedih sangat dengan keadaan kehidupan dan kerja sekarang yang masih belum stabil. Masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang takde. Setiap hari fikir kerja, family, masalah. Fikirkan perasaan orang lebih dari diri sendiri. Apapun utamakan apa yang patut diutamakan.. Chill....

Ibu Tiri Tak Jahat

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak share kisah kehidupan yang tak semua orang pernah alaminya. Sila jangan rujuk aku dalam cerita ni sebagai tuan punya blog. Cerita ni hanyalah untuk pengajaran, kena pandang ke depan bukan ke belakang.
************* Aku dilahirkan dalam sebuah family yang agak besar kerana ayahku telah memiliki anak yang ramai hasil perkahwinan pertama. Selepas isteri pertama ayahku meninggal, dia berkahwin dengan ibuku. Lahirlah aku dan saudaraku. Kami cuma dua beradik seayah dan seibu. Berbelas lagi adik beradik merupakan adik beradik satu ayah.

Untuk pengetahuan ayah berkahwin dengan ibu masa usia dah menginjak 50 an... Ibuku pula akhir 30 an. Mungkin dah jodohkan. Adik beradik aku yang satu ayah memang bermacam perangai. Ada yang suka dengan ibuku, ada yang tak suka, ada yang buat-buat suka. Aku pun tak pasti, tapi daripada pengamatan aku macam tu la. Ada yang depan baik dengan ibuku, tapi belakang mengata macam-macam.

Erm adik beradik ku juga tak semua me…

Seorang Blogger

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Seorang blogger tak boleh:
Mengharapkan bila dia follow blog orang, orang tu akan follow blog dia semula.Terasa hati kalau dia komen kat blog orang, orang tak komen semula kat blog dia.Terasa hati kalau dia singgah blog orang tu tapi orang tu tak berkunjung semula kat blog dia.Beranggapan tak elok terhadap blogger lain. First impression tak selalu tepatkan.Memandang rendah blogger lain.Kedekut ilmu.Terasa bila ditegur oleh blogger lain dengan cara yang baik Seharus blogger harus:
Follow blog orang dengan ikhlas, kalau rasa tak nak follow tak payah la follow. Tiada paksaan.Beranggapan yang baik, tak semua blogger suka tinggalkan komen atau jejak. Ada yang suka jadi silent reader or silent visitor jugak. Bersangka baik dengan blogger lain, menghormati sesama blogger, tak kira la blogger lama ke baru ke. Jangan kedekut ilmu, berkongsi la apa yang boleh membantu sesama blogger.Terima teguran yang baik dengan hati terbuka dan perbaiki kelemahan blog/dir…

Kekasih-Kawan

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...



...Cinta bukan hanya untuk pasangan kekasih, cinta itu universal dan cinta untuk kawan yang saling menyayangi  itu lebih tinggi nilainya daripada kekasih...

Tips untuk yang takut drive

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku percaya masih ramai yang takut untuk memandu kereta di jalan raya. Aku dulu pun sama je jugak, muka cuak gila kot masa mula-mula nak bawak kereta. Ye la lepas dapat lesen mana ada kereta nak bawa. Beskal ada le.

So dengan kereta kakak aku dan dia bertindak sebagai sifu, aku belajar memandu dan cuba menjadi seorang pemandu berhemah. Kih3 berhemah le sangat ye.

Kena hon tu perkara biasa bagi aku masa mula-mula bawa kereta dulu. Yup banyak kesilapan dan kesalahan jalan raya yang aku lakukan. Dengan sticker P yang masih tertampal walaupun masa tu dah lesen competen, kadang-kadang rasa macam pemandu lain memang tak bertimbang rasa.

Eh aku masih P, kalau salah bagi hon sekali pun cukuplah sebagai amaran. Tak payah la siap tunjuk tangan macam2 dan hon bertalu-talu. Tu dah kurang ajar macam samseng jalanan je gayanya. Buta ke tak nampak sticker P? Huhuu.

Buat u-turn pun aku tak berani dulu, sanggup ikut jalan jauh sebab takut nak u-turn. Kih3 padahal…

Testimoni Alpha Lipid SD2

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Alpha Lipid SD2 antara produk yang masih hangat sekarang ni. Kat blog, facebook ada je yang dok promote. So aku pun nak jugak share testimoni. Tapi bagi pihak orang lainlah. Jangan risau takde bias sebab aku tengok depan mata kepala aku sendiri.

Erm berkesan ke tak guna Alpha Lipid SD2 ni? Dia sebenarnya bergantung jugak kat orang tu tahap keberkesanan produk ni. Ada orang lambat turun berat, ada orang cepat je. Tapi turun jugaklah.

Oh ya, kalau amek SD2 makanya kena la ikut aturannya. Jangan dilanggar pantang larang, nanti tak menjadi lak. Sape amek SD2 kena berdiet karbohidrat. Maknanya tak boleh makan nasi, roti, mee, dan segala jenis kabo le. Ratah je la lauk pauk, makan sup sayur ke, sup ayam ke. Perut jelapang padi macam aku ni mesti tak boleh terima ni (tapi kalau ditakdirkan aku gemuk nanti, mungkin sanggup gak kot..hehee).

Seeloknya bersenam la jugak untuk cepatkan proses penurunan berat. Ada orang terdekat aku yang mengamalkan SD2 ni. E…

Jalan Pintas ke KL dari Semenyih

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sekarang aku berstatus nomad sebab takde rumah. Hahaa sadis tak? Ada sape-sape nak bagi tumpang rumah tak. Hee tak la sadis sangat pun. Saudara mara masih ada yang sudi menumpangkan sementara cari bilik/rumah sewa baru. Tu guna ada saudara mara.

So kejap dulu aku di Putrajaya, kejap di KL, kejap di Selangor. Nomad la katakan, haruslah macam tu. Tiga negeri tu memang tempat bertapa le. Tetapi baru-baru ni aku dok Semenyih. Semenyih tu kat mana? Hee silalah google ye, tak reti nak bagitahu sebab aku pun kurang tahu. So berulang la dari Semenyih ke KL.

Korang bayangkan hari pertama dari Semenyih aku keluar dekat2 pukul 6.30. Mak aih jem kat Semenyih saje dah mencecah 40-50 minit. Pastu jem kat KL lagi. Sudahnya pukul 8.40 sampai opis. Rasa macam tak nak masuk opis je. Dah terlewat sejam lebih tu, tapi aku masuk gak le.

So saje je nak amek tahu, ada sape2 ke yang tahu jalan ke KL dari Semenyih yang tak le jem gila-gila punya jem? Aku ikut jalan ke su…

Lagu Tema Drama Hanya Padamu

Lagu Tema Drama Hanya Padamu-Aku yang Berdosa-shahir
Lirik Aku yang Berdosa-shahir


Sejauh mana
Langkahku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masihku angkuh pada Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburiku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburiku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga Mu
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga Mu

******************************
Lagu Tema Drama Hanya Padamu-Penuntun Hati-Manglo
Lirik Lagu Penuntun Hati-Manglo

Ku tahu di mana dirimu
Yang selalu menyejukkan jiwaku
Wajahmu dekat dihatiku
Dan kau selalu ada

Sang penuntun hati
Kau buat diriku pun bererti
Aku pun tak ingin berpisah dengan mu kasih

Kau hapuskan air mataku
Yang dulu menitis di pipiku
Berpisah jauhku tak mahu
Lebih baik aku mati

Sang penuntun h…

Cash Out Nuffnang

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Akhirnya setelah bertahun mengumpul earning nuffnang, aku cash outkan juga earning. Nak merasa juga duit hasil daripada blog. Walaupun tak sebanyak orang lain, tetap duit jugak kan.

Tara...dah tinggal RM0.00..

Setakat ni status masih unpaid. Aku klik cash out kalau tak salah ingatan 28.01.2013. Income tak sampai RM300 pun. Tak macam korang tiap-tiap bulan cash out kot.ngee...

Aku: Bila terlalu fokus kerja, otak tak berkembang. Terasa betul-betul macam katak bawah gelas kaca. Menyampah pun ada, macam-macam rasa je. Manusia memang macam-macam.

Lagu Tema Ruby

Lagu Tema Ruby-Drama Band-Cerita Dia
Lirik Lagu Drama Band-Cerita Dia

Sempurna
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya…

Bahasaku
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah

Rela ku tunggu
Jawapanmu
Masihkah aku ada
Di hatimu...
Saat ini...

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi
Sampai nanti
ooo…ooo..ooo

Rela ku tunggu
jawapanmu
Masihkah aku ada
Di hatimu...
Saat ini...

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi

Saat ini
Rela ku tunggu
jawapanmu...

Masihkah aku ada
Di hatimu
Saat ini(3x)

**************************** Sekali dua je tengok cerita ni. Lagu Drama Band-Cerita Dia ni memang antara lagu kegemaran. So abadikan le dalam blog. Kih3.