Posts

Showing posts from May, 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hari ni cuti sebab ada temuduga dengan SPA. Ni la pertama kali dapat interview dengan SPA. Dah apply SPA sejak zaman lepas abeh SPM lagi seingat aku. Pastu sambung blaja kat U sampai dah abeh blaja, ni la sekali dapat interview SPA.

Sebelum ni pernah la sekali dua attend exam under SPA tapi fail.. Wakaka....

Ramai yang dapat interview Penolong Pegawai Tadbir ni dengarnya. Ye la post ni dah dua tahun tak buat pengambilan baru. Last tahun 2011 kalau tak salah la. Kalau salah silalah tegur. Interview pun berlangsung sehingga bulan Jun di seluruh Malaysia. Aku dah selamat ditemuduga tadi. Aku kena interview dekat SPA Putrajaya.

Cheklist sebelum hadir interview Penolong Pegawai Tadbir:

Bawa bersama surat panggilan interview. Nanti surat tu kena drop. Kalau rasa sayang nak wat kenangan surat tu, print je yang dari email untuk drop macam aku buat. Surat boleh simpan wat kenangan. HihiPastikan sijil disusun mengikut apa yang dinyatakan dalam surat panggil…

Hikmah Bertawakal

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Tawakal berasal dari perkataan Arab ‘Wakalah’ yang bererti memilih wakil, mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain. Imam al-Ghazali pula merumuskan definisi ‘Tawakal’ adalah  menyandarkan kepada Allah SWT tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepada-Nya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.1
Apakah hikmah bertawakal?2 Percaya bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang berlaku.Mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan berdoa, bermunajat dan merintih kepada-Nya. Allah SWT ingin menguji tahap kesabaran hamba-Nya.Supaya mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Ujian yang diturunkan membuktikan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya.Diberi ganjaran pahala jika bersabar dan berlapang dada menerima dugaan. 
Sumber :  1shafiqolbu2Zuhriah Mohd Juoi (2011), Terima Kasih Tuhan atas Cinta Ini, Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Ditulis oleh : Mizz Aiza

Libresse Gift bulan Mei

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Semalam beli barang kat tesco... Pusing punya pusing sampai bahagian pad terhenti sekejap langkah. Libresse ada keluarkan free gift baru lagi la. Heee lama sudah tak beli stok pad. Ye la dulu beli banyak sangat stok pun.

So laju je tangan grab libresse untuk dijadikan stok tambahan. Harga pun tengah diskaun sebab promotion dan ada free gift lak tu. Jeng jeng jeng ni la free gift libresse bagi kali ni.

Kegunaan Stain Remover Pen adalah untuk memudarkan kesan kotoran pada pakaian. Ye la kadang-kadang terkena kotoran makanan ke, kotoran macam2 la. Hee aku tak pernah la mencuba lagi. Maklumlah baru je dapat semalam dan baju takde pulak kotor. Kih3


Lint Remover Sheets pula untuk hilangkan debu, bulu kucing dan kelemumur yang melekat pada pakaian kita. Tetambah kalau pakai baju warna hitam, pegang kucing kadang2 bulu dia melekat kat baju kita. So bolehlah apply benda alah ni pada tempat yang ada bulu kucing tu. Pun tak pernah try lagi. Aku dah tak de k…

Penulis Jemputan

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Mulai semalam blog arisyahjahirah.blogspot.com dihidupkan bersama oleh penulis jemputan. Tuan punya blog kadang-kadang tiada masa langsung untuk online blog. Kesian blog tengok kosong je. Tuan blog mengambil keputusan blog ini ditulis bersama dengan penulis jemputan khas iaitu Mizz Aiza.

Tu pun kalau dia ada masa dan tak sibuk la. Hehee so takde la terbiar kosong tanpa entry blog ni nanti. Dan tuan blog memberi kebenaran untuk menulis entry apa sahaja yang bermanfaat untuk semua. So terpulang kat Mizz Aiza la nak tulis pasal apa asalkan bukan politik terlampau, kisah terlampau yang tak sesuai macam seks ke. Itu memang tidak dibenarkan dan dia pun takkan tulis punya la.

Walau bagaimanapun, tuan blog  akan tetap mengambil peranan untuk blogwalking dan berjalan-jalan ke blog sahabat serta membalas kunjungan dan komen. Jadi jangan marah kalau tengok ada je entry tapi tak berbalas kunjungan.

Jemput singgah blog Mizz Aiza------> Dunia Kecil

Aku: Ps…

BE/CPUV Nuffnang Mac 2013

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak update BE bulan Mac yang dah jadi ME. Tahun ni blog tak banyak dapat BE/CPUV, so kurang la cerita pasal Nuffnang. Baru tiga kali dapat BE (kalau ditambah dengan BE tak dikenal pasti tu jadi lima la).

Ni la BE dari Libresse yang dah jadi ME...

Nuffnang bagilah BE baru lagi...Bulan empat langsung tak dapat BE. Dah masuk bulan lima ni.. Hahaa .....:)

Setiap yang Allah SWT Ciptakan Ada Hikmahnya

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hujan di luar turun renyai-renyai. Sempena hari Jumaat pada hari ini, aku ingin berkongsi mengenai satu kisah yang boleh kita jadikan teladan untuk dihayati bersama. Mungkin ramai yang dah pernah dengar cerita ini. 
Pada zaman dahulu seorang pengembara mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Dia tiba di sebuah negeri dan merasa takjub melihat sejenis tumbuhan yang kecil dan pendek, namun buahnya besar berada di atas tanah (tembikai). Dia mencari tempat untuk berehat kerana penat berjalan dan sebatang pokok beringin yang besar menjadi pilihannya. 
Pengembara itu berbaring di bawah pokok beringin itu dan berfikir sejenak, "Mengapa pokok beringin yang besar ini mempunyai buah yang kecil? Sedangkan pokok tembikai tadi mempunyai buah yang besar. Memang sungguh aneh dan tidak sepatutnya ia dicipta sedemikian. Jika aku yang menciptakan pokok itu, pasti aku akan ciptakan pokok besar itu berbuah besar dan pokok kecil itu berbuah kecil"