Posts

Showing posts from January, 2014

Petua Hancurkan Biji Cili

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Cara nak hancurkan biji cili / cabai ketika diblender. Petua / tips ni mak cik aku yang kongsikan kat aku. Ni kira memanjangkan ilmu le ni untuk yang belum tahu lagi.

Untuk menghancurkan biji cili yang tak terlepas buang tu, masa blender silalah masukkan sedikit minyak masak. InshaAllah hancur biji cili or cabai tu. So takde la rosak usus orang.. Hahaa mandai je aku ni kan.

Maklumlah aku ni kadang-kadang nak cepat je... So ada la cili or cabai yang bijinya masih tersesat masa nak blender tu. Sakit pulak mata nengoknya. So cepat-cepat le amek minyak masak letak sekali sebelum blend. Lumat dengan biji-biji...

Tapi masa masak kena kurangkan minyak la sebab minyak dah letak dalam cili blend tu. Hehee selamat mencuba.

Untuk yang tumbuk cili or cabai tu sah-sah la korang kena tumbuk sampai lumat dengan biji-biji sekali ye. Tak payah ngada-ngada nak letak minyak dalam lesung batu lak.

 Sekian perkongsian cara hancurkan biji cili.

Wordless Wednesday: Merpati Dua Sejoli

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Merpati Dua sejoli....

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pernah berkursus di Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson. Masa Kursus tu dapat hotel yang ada dua bilik. Agak selesa jugalah. Ada juga hotel yang memiliki tiga bilik, tapi dah dapat yang dua bilik. Hee sudah semestinya bilik share le.



Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson. Kat sini seterika tak disediakan dalam setiap bilik. Kalau korang nak korang kena calling2 service la suh hantar. Dan nak guna tu pun ada tempoh dia bagi. Sejam ke dua jam macam tu la. Tapi kitaorang terbuat harta berjam2..Muahehe.. So bawa seterika sendiri lebih aman kot tak payah nak calling-calling.
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson. Agak selesa tempat ni kecuali dari segi kebersihan daku rasa kureng sikit la. Tengok toilet dan dapur pun cukuplah. Singki daku tengok agak tak bersih seperti lama tak guna. Mungkin dia tak peduli sangat kot sebab sape je nak guna singkikan. Toilet pulak kat tepi-tepi toilet tu nampak la selekeh macam dia tak ber…

Gantung Tak Bertali?

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Gantung tak bertali istilah yang diguna pakai untuk sebuah perkahwinan yang mana isteri ditinggalkan oleh suami begitu sahaja tanpa berita atau tanpa penceraian. Lebih kurang begitulah, maaf aku tak begitu arif dengan istilah ni. Kalu salah betulkan.

Nape tiba-tiba nak menulis pasal gantung tak bertali? Sebab ada seorang sahabat yang sedang menuntut haknya di mahkamah. Fakta kes tak berapa jelas kenapa dia tak hidup bersama suaminya. Tetapi aku yakin dia mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Ye la perkara cerai ni bukan perkara suka-suka, main-main.

Perempuan mana yang nak memegang status janda. Cerai hidup pulak tu. Kalau cerai mati ni orang kesian, tapi cerai hidup orang lebih banyak mengata. Hurm realiti hidup macam tu la... Padahal bercerai tu bukan dipinta pun, bukan salah diri pun.

Apa yang kutahu, si suami tidak mahu melepaskan dirinya walaupun dah naik turun mahkamah banyak kali. Kalau aku kat tempat dia, sekuat itukah aku? …

Rendah Hati vs Rendah Diri

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Rendah hati vs rendah diri? Yang mana satu diri kita. Dan yang mana satu yang lebih penting. Ni hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Rendah hati tu penting, tanpa perasaan rendah hati dalam diri manusia, gamaknya semua manusia akan tinggi diri, bersifat riak dan takbur.

Rendah diri pun penting tapi bab rendah diri ni bahaya sikit. Kena tengok keadaan, sebab kalau terlalu merendah diri, nanti akan ada yang membuli. Akan ada yang mengambil kesempat, Akan ada yang pijak kita. Semestinya tak seronok macam tu.

Selalunya manusia yang rendah hati ni orang akan hormat orang tersebut dan segan dengan orang tersebut. Tapi ye la tak semua orang jugak akan hormat. Maklum manusia ni macam-macam spesies, 1001 macam ragam.

Rendah diri perlu kena pada tempatnya. Ada situasi kita perlu merendah diri dan ada situasi kita perlu tak terlalu merendah diri. Tapi jangan biarkan perasaan ego dan tinggi diri menguasi diri sebab orang akan sakit hati dengan kita.

So k…

Pesanan Kepada Cinta

Image
Kepada yang Masih BELUM BERPUNYA: Pesanan Kepada Cinta-Percintaan bukanlah semudah yang difikirkan. Kadang-kadang, semakin kita mengejar cinta, semakin cinta itu menjauhi kita kecuali cinta kepada Ilahi. Jika cinta itu milik kita, insyaallah ia akan datang kepada kita tanpa diduga. Cinta boleh menjadi perkara yang paling membahagiakan dalam hidup kita tetapi cinta juga boleh menjadi perkara yang paling menyakitkan dalam hidup. Cinta amat bermakna sekiranya kita memberikannya kepada orang yang betul2 berhak mendapatnya dan tahu menghargainya. Jadi tak salah kalau korang ambil sedikit masa memilih yang terbaik untuk diri korang sendiri.

Pesanan Kepada Cinta-Percintaan itu macam si rama-rama. Semakin kita kejar, semakin ia menghindari kita. Tapi kalau dibiarkan terbang, ia akan datang kepada kita tanpa dijangka. Cinta boleh membahagiakan tetapi kebiasaannya ianya menyakitkan dan cinta yang paling bermakna ialah apabila kita memberikannya kepada orang yang betul-betul tahu menghargai. Jad…

Kitab yang diturunkan kepada Rasul

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kitab-kitab yang diturunkan kepada Rasul....

Taurad
Nabi Musa a.s

Zabur
Nabi Daud a.s

Injil
Nabi Isa a.s

al-Quran
Nabi Muhammad s.a.w

p/s: Salam Jumaat untuk semua...

Dulu Kehendak Sekarang Keperluan

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tak payah cerita pasal benda lain, tapi dua benda ni memang keperluan kita semua sekarang. Jangan nafikan pulak...

1. Komputer @ Laptop
Kalau dulu ada komputer @ laptop sendiri merupakankehendak. Kalau tak ada pun xpe, kalau ada memang cukup bertuahlah. Tapi sekarang memiliki komputer @ laptop sendiri adalahkeperluan.

2. Sambungan Internet
Tak payah nak sangkalkan internet bukan lagikehendaktetapikeperluan. Mana taknye nak berhubung dengan kawan-kawan, family, buah ati - boleh chat, boleh webcam, e-mail. Nak bayar bil pun sekarang online je. Bank-bank dah ada perbankan internet. Nak mintak keje pun dah online sekarang. Panjang kata macam-macam nak cite, pendek kata semua dihujung jari. Klik-klik siap.

Nak berblog pun dua benda ni perlu ada. Tak ada dua benda ni tak update la blog jawabnya. Tak BW la jawabnya.

So kalau dulu kehendak sekarang dah jadi keperluan...takde macam tak lengkap je hidup.... Tapi terpulang kat orang jugak la...Tak semua ko…

Wordless Wednesday: Terdampar

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Lokasi: Pantai Telok Kemang, Port Dickson.

Lagu Tema Cinta Pandang Ke 2

Image
Lagu Tema  Cinta Pandang Ke 2-Aku Cinta-Affan Aizat
Lirik Lagu 
Aku Cinta-Affan Aizat

Saat pertama bertemu
Saat aku melihatmu
Tak terlintas di hatiku
Kau kan jadi milikku

Bisik hatiku padamu
Mengapa ia bertanya
Apakah diriku mampu
Mampu menjadi milikmu

Aku mencinta dirimu
Aku mencinta dirimu

Tanpamu di sisiku
Hidupku tak bererti

Aku mencintaimu
Aku mencintaimu
Rindu takkan berhenti

Tiba waktu mengenangkan semula
Saat manis kau menjadi milikku
Berjanji
Bawakulah selamanya mengharungi
Suka duka indahmu

Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu


****************** Lagu Tema  Cinta Pandang Ke 2-Kedua Kali-Anis Syazwani
Lirik Lagu Kedua Kali-Anis Syazwani

Dikala ku rindu bayangmu
Setiap malam ku igaukan kamu
Hadirnya rasa nan indah buatmu

Jika kau bukan untukku
Hati kecikku bagai tak setuju
Rebah jiwaku melihat sikapmu

Lantas ku teruskan hidup
Lenyapkan semua keresah
Mencari bahagia erti tanpa mu

Ku pendam duka
Kerananya bisa bagai menghempas jiwa
Kini kau h…

Sakit kena tunjuk ke?

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Korang semua kalau jatuh sakit camne? Maksudnya mengerang kesakitan ke, dok diam ke or mulut bising ke? Sesetengah orang kalau sakit mulut dia mengerang macam dah nak habis nyawa je. Hehee tu style masing2 le kot.

Ada orang jenis penyenyap suka menyepikan diri, ada orang selesa berkongsi dengan orang lain, ada orang sengaja nak mengada2 walaupun sakit tak seberapa, ada orang jenis tahan sakit, ada orang jenis yang memang tak tahan sakit. Ye la setiap manusia tu berbeza2 dari segala segi. Itulah uniknya ciptaan Allah S.W.T.

Tak semua orang selesa berkongsi mengenai penyakit mereka dengan orang lain. Tak semua orang mampu bercerita mengenai penyakit mereka dengan orang lain. Kadang2 mereka yang sakit ni mampu hidup secara normal seolah2 mereka tidak berpenyakit.

Tak nampak macam sakit pun ada, kadang2 lebih cergas dan cerdas daripada manusia yang sihat walafiat. Kalau aku pun, aku nak hidup macam manusia yang tak sakit. Tak ada apa2 keistimewaan y…

Lagu Tema Ariana Rose

Image
Lagu Tema Ariana Rose- Di Pintu Syurga-Dayang Nurfaizah
Lirik Lagu  Di Pintu Syurga-Dayang Nurfaizah

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih 
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga
****************************** Kalau nak Lagu Tema Ariana Rose- Di Pintu Syurga-Dayang Nurfaizah full version dalam format MP3 korang boleh convert je dari Youtube sebab sedia ada MP3 tak ful…

Kisah Anjing dan Keldai

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Seorang lelaki mempunyai seekor anjing dan dia sangat menyayangi anjing tersebut. Setiap hari dia akan membelai dan bercakap dengan anjing belaannya. Dia juga akan berkongsi makanan dengan anjing tersebut.

Lelaki tersebut juga ada memelihara seorang keldai. Dan setiap hari keldai tersebut melihat kemesraan lelaki tersebut bersama anjing.

"Kenapa aku tak pernah dibelai seperti anjing tersebut?" bisik si keldai kepada dirinya.

"Memang tak adil. Aku bekerja keras untuk tuan aku sedangkan anjing tersebut tak buat apapun, hanya bermanja, duduk di riba, goyang2 ekor. Memang tak adil," berkata-kata lagi hati kecil si keldai.

Keldai bercakap kepada dirinya," Kalaulah aku buat benda yang sama seperti anjing buat, mungkin tuan aku akan belai aku."

Maka berlarianlah si keldai ke dalam rumah. Keldai menggoyang-goyangkan ekornya, cuba melompat ke atas riba tuannya seperti apa yang anjing lakukan.

Lelaki tersebut sangat terkejut …

Cinta Perlukan Masa

Image
Cinta Perlukan Masa...

Cinta...kamu ucapkan perasaan cinta
Tetapi sejauh mana kebenarannya?
Kita baru bertemu
Cinta perlukan masa untuk bercambah
Ia bukan perkara remeh

Cinta,kau ucap cinta padaku
Benarkah ucapan itu?
Kita baru bersua
Cinta perlukan masa
Bukan tiba-tiba
Kau sendiri mungkin tak maksudkannya

Cinta perlukan masa
Ia terbina atas kepercayaan, kesabaran, kesefahaman dan kasih sayang
Kau dan aku tidak lagi begitu
Aku pernah mencintai sebelum ini

Cinta sebenar, tanpa syarat
Cinta yang takkan terpadam
Mungkin kau merasainya..
Mungkin aku merasainya...

Biarlah masa yang menentukan...

Susahnya Nak Jadi Baik

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Susah ke nak jadi baik? Hurm selalu akan tersebut ayat ni...susahnya nak jadi baik. Tapi kan orang cakap apa yang kita sebut tu boleh menjadi satu doa. Dah hari-hari sebut susahnya nak jadi baik, tak jadi baik le.

Dan kadang-kadang aku pun automatik sebut ayat macam gitu. "Susahnya nak jadi baik".

Bila difikirkan semula, nak jadi sebaliknya pun susah jugak kot. Susahnya nak jadi tak baik. Nak jadi jahat pun take time kot.

So antara nak jadi baik dan jahat, eloklah prefer menjadi baik. Tak gitu?

Tetiba cakap pasal susahnya nak jadi baik ni, dah kenapa cik Aishah ni ye. Sebab terasa diri tak berapa baik. Tapi tak juga berubah untuk menjadi baik. Macam mana tu?

Biarlah hanya diri dan Dia yang tahu apa yang berlaku, tetapi haruslah dalam hati sangat nak berubah menjadi lebih baik. Susah ke nak jadi baik? Subjektif kot sebab masing-masing punya pandangan tersendiri.

Bagi aku tak susah tetapi kena istiqamah dan disiplin diri yang tinggi. Tu …

Selamat Tinggal 2013

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

2013 sudah lama melabuhkan tirai.. Nak throwback semula sepanjang 2013 secara kasar je. Hee untuk kenangan sendiri.

2013 masih berulang alik dari Selangor ke Kuala Lumpur. Ye dok kat Selangor tapi bekerja kat Kuala Lumpur. Tiap-tiap hari kejar thumb print dan punch kad. Pernah minta dengan big bos masuk pukul 8.00 pagi tapi tak dibenarkan. Cukup tiga kali minta, tetap tak bagi takpe la. Bukan semua orang faham kita pun.

2014 pun masih berulang alik. Tapi Alhamdulillah dapat masuk pukul 8 pagi, so takde la terkejar sangat. Thanks bos baru sebab benarkan dan thanks kepada 2nd big bos dan ketua atasan yang menyokong. Alhamdulillah syukur sangat.

Untuk pertama kali 2013 daku terlanggar palang masa kat tol. Hee mungkin kena wat satu entry khas kot pasal story langgar palang tol tu. Erm mujur cermin kereta ada insurans untuk cover.

Dan untuk pertama kali aku terperangkap dalam lif pejabat hampir dua jam lamanya-2013. Siap bomba datang lagi. Thanks inc…

Pengalaman JPJ Test Motor

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setiap orang mesti ada pengalaman tersendiri. Aku ni dari sekolah sampai masuk U tahu bawak basikal je. Rumah aku ada basikal je pun. First time belajar bawak motor dengan adik sepupu aku. Dia la terangkan camne nak tukar gear, press minyak jangan mengejut, brek camne. Aku zero pasal motor. Yang reti bonceng je. Sehari tu je belajar sebab masa tu cuti semester saje je la lepak-lepak dengan dia.

Lepas pada tu aku memang tak penah bawak motor, bonceng macam selalu je tahu. Dah setahun lebih tiba-tiba terbuka hati nak amek lesen masa last year study.

Dah le masa ceramah KPP, ada motor yang tersangkut kat jaring, ada yang terpress minyak bukannya brek masa latihan. Waa kecut kau....

Tapi aku segan nak ngaku aku tataw apa, nanti aku dilayan special pulak. So masa latihan bawa motor tu, aku tengok dulu budak-budak lain bawak motor, kemudian aku try. Budak-budak tu pun rajin ajar aku. Cuma masa kat selekoh mula-mula tu memang kaki automatik jatuh sebab…

Kawan lebih baik dari pasangan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Alasan kenapa Kawan lebih baik dari pasangan:

Tak perlu call setiap hari, setiap saat.Tak payah nak ingat anniversary dan sewaktu dengannya.Kawan baik takkan kisah penampilan kita, kecantikan kita dan seumpamanya.Tak payah susah-susah nak cemburu bila kawan baik ada teman istimewa.Tak payah nak sakit hati lebih-lebih kalau kita tak dipedulikan.Selebihnya fikir-fikirkanlah sendiri.
************************ Aku: Kalau sudah mempunyai hubungan sah disisi Agama, tak wajarlah nak guna point kat atas. Konsep saling melengkapi dan menerima seadanya serta berubah demi kebaikan patut sama-sama amalkan.