Posts

Showing posts from April, 2014

Untuk Awak

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Untuk Awak...
Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
Walaupun seketika
Walaupun untuk menghancurkan hati saya
Dengan harapan palsu

Untuk Awak...
Walaupun saya kecewa
Tetapi saya masih mampu untuk teruskan hidup
Saya masih terus doakan yang baik-baik untuk awak

Untuk Awak...
Walaupun hati saya terluka
Walaupun hati saya sakit
Saya redha..
Mungkin ini Ujian Allah untuk saya

Untuk Awak...
Terima kasih kerana membuktikan
Saya seorang wanita yang tabah

Mungkin kita takde jodoh dengan dia sebab kita akan jumpa dengan jodoh yang lebih baik daripada dia. 
p/s: Tiada kaitan dengan tuan blog...

Salah Lorong, Bagi Signal

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setiap negara punya undang-undang sendiri di jalan raya, Malaysia  pun punya undang-undang sendiri. Tetapi masih ramai yang kurang ajaran bila di jalan raya. Ntah la nak salah siapapun tak tahu la.... Sebab kadang-kadang terasa diri pun kurang ajar juga bila di jalan raya (tapi aku ni skema je selalu). Heee attitude, situasi mungkin...

Tetapi secara logik akalnya, jika seorang pemandu ingin menukar lorong, seharusnya memberi signal supaya niat suci murni ingin bertukar lorong dapat dikesan oleh pemandu lain. Tak gitu? Dalam undang-undang pun ada, cuma pada pandangan peribadi aku, tak ditekankan sangat. Setakat belajar dan ambil lesen, pastu ikut kepala otak sendiri masa memandu.

Kalau dah salah lorong, ingin bertukar ke lorong yang betul, bagilah signal elok-elok. Ni bagi tayar je seolah-olah bawa kereta 'makan jalan'. Mana orang tahu niat tersebut wahai manusia oi. Dan mengikut hukum logik akal dan alam, kau dah salah lorong, kalau oran…

Sempurna

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terimalah orang yang tahu dan sedar diri kita tak sempurna Tetapi tetap melayan dan menganggap diri kita sempurna
Aku: Masih wujud lagi ke mereka yang boleh menerima dan menganggap orang lain sempurna walau sebaliknya? Untuk aku masih wujud walaupun terasa seperti dah pupus mereka yang begitu. Termasukkah aku dalam goongan masih ada tu.

Hahaa tanyalah diri anda sendiri dan nilaikan sendiri...

Cheras-Kajang Grand Saga

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah lama nak post entry ni, tapi takde kesempatan. Daku ni salah seorang pengguna jalan dari Cheras-Kajang. Hari-hari lalu jalan yang sama sampai dah nak muntah lalu jalan yang sama. Banyak suka duka bersama laluan Cheras-Kajang ni.

Kalau perasan la, setiap tol kat Malaysia berlainan maklumlah seliaan pelbagai konsesi tol. Grand Saga, Plus, and apa tah lagi. Tol kat Jalan Kajang-Cheras ni, jarak touch dan palang pun agak jauh kalau nak banding dengan sesetengah tol lain.

Tapi yang menarik perhatian aku, palang tol kat Tol Batu 9 tu. Baru-baru ni je berpalang salah satu lorong Touch n Go dia. Kalau tak salah ingatan aku, asalnya palang tu pendek macam separuh je, lepas tu sejak awal tahun 2014 dah tak berpalang lane Touch n Go tersebut. Ha da togel without any palang.

So sesiapa je yang rasa nak free je boleh je la lalu je kot. Tapi akan ada bunyi siren kalau tak salah aku sesapa lalu tanpa touch. Aku? Eh mestilah touch sebab tak baik rasanya nak…

Tukar Template Baru

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sedang dalam proses mengemaskini tempate baru. Nak buat dari hari tu lagi. Kalau ada yang perasan blog asyik berubah template sebab tak sempat nak kemaskini punya pasal. Hahaa so macam tak betul je rasa blog sejak beberapa minggu lepas.

So meluangkan masa bermain dengan HTML untuk cantikkan template yang di'upload' ikut citarasa sendiri. Masalahnya banyak yang kena diubah, perlu search sana sini demi cantikkan template ni. Huhuu sape yang memang terer bermain coding HTML tu memang takde masalah kot.

Bagi aku yang memang tak tahu pasal coding ni memang kena rujuk sana sini la. Try and error sampai puas hati sendiri. Nak upah boleh je, tapi rasa lebih puas kalau diri sendiri yang buat.

So kalau ternampak pape yang pelik tu silalah tegur, mana taw coding aku tak menjadi. Lepas tu boleh syok sendiri pulak.. Haru tuan blog ni bila tukar template baru.

P/S: Tengah nak buat bloglist untuk kawan-kawan blog. Sory bloglist lama awal-awal lagi terk…

Perempuan Sukar Difahami

Image
Lembutku bukan untuk dikasari. Sopanku bukan untuk dibuli. Manjaku bukan untuk menggodai. Tangisku bukan untuk menagih simpati. Ketawaku bukan bermakna aku hepi. Senyumku bukan bermakna ku menyukai. Marahku bukan bermakna aku membenci. Benciku bukan bermakna tidak menyukai. Nukilan: Aishah Jahirah  Aku: Itulah perempuan yang sukar difahami....