Sunday, December 10

Cara Nak Jadi Lebih Baik

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Time menaip entry ni hujan lebat kat luar tu mencurah-curah. Alhamdulillah hujan rahmat. Berbalik kepada tajuk entry... Cara Nak Jadi lebih Baik. Bukan tak baik pun selama ni tapi nak baiki kekurangan yang memang wajib diperbaiki. Tiada yang mudah, semua kena dengan usaha. Ni contoh je:
  • Kalau ada sifat riak dan takbur tu silalah buang sifat tersebut. Muhasabah diri...kita ni manusia tak sempurna, apa yang sempurna pada kita pun hanyalah pinjaman daripada Allah S.W.T. Sekelip mata kelebihan yang kita ada yang menyebabkan kita riak dan takbur tu Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja.
  • Kalau suka mengata hal orang tu aka suka jaga tepi kain orang. Tak semua benda kita boleh menyibuk kecuali benda tu memang perlukan kita masuk campur. Tapi aib orang kena la jaga, Insha Allah Allah akan jaga aib kita. So muhasabah la diri jangan buka aib orang dan sila jaga perkataan kita bila bercakap mengenai orang lain.
  • Kalau selama ni kedekut boleh cuba ubah sikit-sikit dengan cara bersedekah. Tak rugi duit kita bersedekah kepada yang memerlukan. Rezeki kita kadang-kadang rezeki orang lain.  Dalam rezeki kita tu ada rezeki orang lain dan mereka yang lebih memerlukan. InshAllah tenang hati bila fikir macam tu. Memang la kita rasa kita pun tak cukup tapi sebenarnya Insha Allah cukup. Dicukupkan rezeki kita.
  • Hubungan dengan Allah tak baik. Ye la solat pun takkan sebab tu hidup tak terus maju. Solat hujung waktu. Yang ni memang hati kena kental untuk mulakan semula hidup yang berkat. Ada yang cakap benda yang kita buat 40 kali..InshaAllah susah nak tinggal dah.. So jom buat...
Terlalu banyak kot kalau nak list down semua..cumanya jom post mortem diri sendiri dan cari cara yang sesuai untuk jadi lebih baik. Semua orang nak jadi baikkan. Sama-sama muhasabah diri serta wasatiyah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Chill..

Saturday, December 9

Ada Ijazah Tak Boleh Minta Kerja SPM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Nampak sangat tuan blog dah takde masa untuk berblog. Memang sangat sibuk dengan kerja hakiki dan kehidupan realiti. Lama dulu daku ada buat entry pasal Ada Ijazah boleh minta SPM.



Ada pertanyaan dari pembaca tapi  dah berkurun. Ampun ada komen yang terskip baca...terlambat baca dan sebagainya. Berbalik kepada persoalan yang ditanya:



Adakah keputusan degree atau Ijazah boleh mohon diploma dan spm ni masih kekal.. ataupun dah berubah balik.



Jawapannya dah berubah. Tak berapa ingat tahun bila dia dah berubah tapi tak salah daku tahun 2014 kot. Sebab daku sekarang dah lama tak hupdate SPA..kih3. 



So sekarang hanya one step lower je sekarang ye adik-adik. Buktinya ada kat soalan lazim SPA:


Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya  ?Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Pemohon yang memiliki ijazah dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk lebih rendah, walau bagaimanapun hanya sehingga peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC sahaja (one step lower).
(setakat 9 Disember 2017)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...