Tuesday, March 27

Petua Cili Tahan Lama

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak kongsi petua untuk bagi cili aka cabai tahan lama. Tak kira la cili kampung ke, cili besar ke. Asal seangkatan dengannya.

First basuh dulu cili bersih-bersih dan toskan. Selepas tu buang tangkai cili tu ye..semua tangkai dan tampuk cili wajib buang ye. Dah buang tangkai cili, ambil beberapa ulas bawang dan pastikan bawang putih tu korang buang kulit. Kemudian letaklah cili tanpa tangkai tu beserta bawang putih ke dalam bekas bertutup.Sila la tutup rapat-rapat dan masukkan ke dalam peti ais. Tak kisah la nak letak kat tempat sayur ke...tempat telur ke...jangan letak tempat sejuk beku dah la.

Insha Allah sebulan hingga dua bulan tahan cili yang korang simpan dengan cara macam ni. Tapi depends la jugak kat kesegaran cili masa korang beli tu. Kat bawah ni cili yang dah 2 minggu lebih aku simpan menggunakan petua cili tahan lama ni la. Selamat mencuba bagi yang tak tahu lagi. Anyway ni stok cili aku untuk dua bulan cukup rasanya...

Aku gabung je cili kecik dan cili besar...

Guna bekas biasa je pun....
*********************************
Yeah ada watermark baru....moga diri rajin update blog...

Sunday, March 25

Hati Seorang Ibu Setelah Anak Berkahwin

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Topik santai. Hati Seorang ibu selepas anak berkahwin. Ibu pun manusia biasa dan hati setiap ibu tu mungkin tak sama antara satu sama lain bergantung kepada keadaan. Apa yang ditulis berdasar pemerhatian terhadap sekeliling.

Kadang-kadang aku ingat ibu ni cemburu sebab ada je yang tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi tak ada yang tak kena pun sebab kasih sayang seorang ibu kepada anak tu tak ada sempadan. Seorang ibu mesti akan bahagia dengan kebahagian anak. Cuma mungkin salah tempat dan salah masa terjadi sesuatu yang membuat hati ibu terluka.

Kadang-kadang anak tu sendiri tak sedar sikap dia menyebabkan ada hati yang terluka. Terleka dengan kebahagian bersama suami atau masalah kehidupan hingga terlupa hati ibu sendiri. Perkahwinan mungkin kunci kebebasan daripada kongkongan seorang ibu. Tapi tak bermakna hati seorang ibu boleh dikecil hatikan. Kecuali la kalau seorang ibu tu memang berniat jahat.

Carilah masa dan luangkan bersama ibu walaupun korang dah kahwin. Terutama kalau ibu korang tu ibu tunggal. Hati orang tua ni sensitif... Extra sensitif.. Kalau berjanji jangan lupa, orang tua ni terutama ibu dia akan pegang apa yang kita janji. Dia akan ungkit benda yang kita janjikan. Untuk yang dah kahwin tu, sebagai pasangan cubalah bertolak ansur kalau si dia nak spend masa dengan ibu dia. Tak salah pun kan...tu ibu yang membesarkan dan menatang pasangan korang. Selagi tak memberi keburukan tak salah bagi aku. Ibu pun berhak untuk merasa quality time dengan anak dia terutama kalau ibu tu memang rapat dia dengan anak.

Melihat seorang ibu terluka, aku pun pun terluka. Tapi hidup kena teruskan. Orang dah kahwin jangan diganggu..biarkan mereka dengan hidup baru mereka dan bina kebahagiaan sendiri. Ibu-ibu..kita pun perlu bina kebahagiaan kita tanpa mereka. Satu hari mereka akan tersedar sendiri, tapi mungkin satu hari tu dah terlambat... Senyum dan move on.

Nota Kaki: Hoorey berjaya tukar template arini. Harap tahun ni aku rajin update blog.

Wednesday, March 21

Nilai Seringgit

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nilai seringgit di zaman kos sara hidup yang semakin meningkat seolah tiada nilai sangat. Seringgit apa sangat yang boleh dibeli? Mungkin itu pemikiran sesetengah dari kita. Waima aku sendiri terkadang berfikiran seperti itu. Nilai seringgit tu seolah-olah 'buat lekat celah gigi je'.

Semalam kebetulan ada saudara yang berkunjung beraya ke rumah 'bujang' kami. Alang kepalang mesti la kami nak menjamu untuk lunch sekali. Kebetulan terdapat barang dapur yang dah habis, maka aku pun pergilah ke kedai berdekatan untuk membeli keperluan yang kehabisan tu. Sebelum tu teringat dalam purse duit cash hanya tinggal ringgit-ringgit je.

So rujuk kepada kakak dan di tangan dia cash hanya RM40 sahaja. Oke la tu sekali belanja cukuplah. So aku pun pergi la ke kedai berdekatan kediaman untuk membeli apa yang perlu. Semasa keluar dari kedai seusai membeli santan kelapa, aku disapa oleh seorang wanita dan lelaki india ni. Si lelaki menolak si wanita yang duduk di atas kerusi roda.

Wanita India: Adik minta seringgit dua dik, kami banyak susah.

Dalam hati aku sedikit gusar sebab tak kenal dan tetiba je nak minta kat aku kan.

Aku: Kenapa ye?

Bertanya dalam nada curious dan berjaga-jaga sebab aku seorang perempuan dan tak ramai yang ada di kawasan tersebut.

Wanita India: Susah adik, mahu seringgit pun takpe, suami banyak susah.

Muka dia da sedih dengan suami. Aku dalam keadaan teragak-agak membuka handbag dan menghulurkan seringgit kepada wanita india berkenaan. Sempat gak cakap saya pun nak beli barang dapur ni.

Wanita India: Banyak minta maaf dik, terima kasih.

Aku melangkah laju masuk ke kedai. Tapi dalam hati masih berfikir tentang wanita india dan suaminya. Banyak yang bermain di fikiran. Antaranya:

  • Kalau mereka betul-betul takde duit, apa je yang boleh dibeli dengan seringgit tu. Kesiannya.
  • Suami dia tak kerja ke? Dari gaya tak la nampak susah sangat dan muda lagi (dalam 30 an)
  • Tetiba perasaan negatif lak menyelinap, nanti dia aim aku lak lepas ni (nauzubillah min zalik)
  • Dan bermacam lagi fikiran positif + negatif.

Aku: Alhamdulillah punya kerjaya dan masih mampu menyara keluarga walaupun cukup-cukup makan. Rezeki itu hak Dia dan rezeki tu sangat luas....

Bersyukur seadanya dan berusaha menambahbaik apa yang ada...
Nota: Entri ni patutnya dipublish pada tahun 2014. Tuan blog peram...tarikh kat draft 3/08/2014... 

2018

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tahun 2017 merupakan tahun yang mencabar bagi aku.Tapi bila dah masuk tahun 2018 lagi mencabar rupanya. Masalah makin kritikal disebabkan benda yang diluar kawalan kita. Sampai rasa macam diri tak kuat nak hadap, tapi Alhamdulillah so far masih mampu hadap. Alhamdulillah dapat bos dan rakan sekerja yang supportive so InshaAllah masih mampu menghadapinya.

Actually kerajaan sekarang dah guna sistem baru untuk pembayaran, perolehan, gaji dan yang sewaktu dengannya. Aku bukan makhluk yang selayaknya untuk berkata-kata mengenai sistem baru sebab tak terlibat secara langsung, bukan hari-hari pun guna dengan erti kata lain. Sebab bidang tugas aku ke arah lain. Tapi masih perlu ambil peduli sebab maybe satu hari aku akan hari-hari guna. Mungkin....

Sistem baru semestinya ada masalah. Haruslah benda barukan...so far sistem agak ke laut. sebab apa tataw la, pada fikiran logik aku mungkin sistem masih tak stabil dan tengah dalam proses ditambah baik untuk masa depan. Tapi mahu gila user-user sampai stress dan jatuh sakit. Hurm pandang dari satu sudut, ciptaan manusia memang tak pernah sempurna seperti ciptaan Allah SWT. Sistem tu manusia yang ciptakan, secanggih manapun mesti ada kekurangan.

Nota kaki:Sebenarnya nak tukar template blog tapi tak ada masa dan dah lupa html semua tu sebab jarang berblog

Nota tangan : Nak tukar link URL blog tapi nanti search engin tak jumpa pulak entry lama. Sayang la jugakkan sebab ada entry lama yang memang hot.

Nota :Entry pertama 2018...Tataw la nak share apa. Membebel je tahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...