Sunday, March 25

Hati Seorang Ibu Setelah Anak Berkahwin

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Topik santai. Hati Seorang ibu selepas anak berkahwin. Ibu pun manusia biasa dan hati setiap ibu tu mungkin tak sama antara satu sama lain bergantung kepada keadaan. Apa yang ditulis berdasar pemerhatian terhadap sekeliling.

Kadang-kadang aku ingat ibu ni cemburu sebab ada je yang tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi tak ada yang tak kena pun sebab kasih sayang seorang ibu kepada anak tu tak ada sempadan. Seorang ibu mesti akan bahagia dengan kebahagian anak. Cuma mungkin salah tempat dan salah masa terjadi sesuatu yang membuat hati ibu terluka.

Kadang-kadang anak tu sendiri tak sedar sikap dia menyebabkan ada hati yang terluka. Terleka dengan kebahagian bersama suami atau masalah kehidupan hingga terlupa hati ibu sendiri. Perkahwinan mungkin kunci kebebasan daripada kongkongan seorang ibu. Tapi tak bermakna hati seorang ibu boleh dikecil hatikan. Kecuali la kalau seorang ibu tu memang berniat jahat.

Carilah masa dan luangkan bersama ibu walaupun korang dah kahwin. Terutama kalau ibu korang tu ibu tunggal. Hati orang tua ni sensitif... Extra sensitif.. Kalau berjanji jangan lupa, orang tua ni terutama ibu dia akan pegang apa yang kita janji. Dia akan ungkit benda yang kita janjikan. Untuk yang dah kahwin tu, sebagai pasangan cubalah bertolak ansur kalau si dia nak spend masa dengan ibu dia. Tak salah pun kan...tu ibu yang membesarkan dan menatang pasangan korang. Selagi tak memberi keburukan tak salah bagi aku. Ibu pun berhak untuk merasa quality time dengan anak dia terutama kalau ibu tu memang rapat dia dengan anak.

Melihat seorang ibu terluka, aku pun pun terluka. Tapi hidup kena teruskan. Orang dah kahwin jangan diganggu..biarkan mereka dengan hidup baru mereka dan bina kebahagiaan sendiri. Ibu-ibu..kita pun perlu bina kebahagiaan kita tanpa mereka. Satu hari mereka akan tersedar sendiri, tapi mungkin satu hari tu dah terlambat... Senyum dan move on.

Nota Kaki: Hoorey berjaya tukar template arini. Harap tahun ni aku rajin update blog.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...