Wednesday, March 21

Nilai Seringgit

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nilai seringgit di zaman kos sara hidup yang semakin meningkat seolah tiada nilai sangat. Seringgit apa sangat yang boleh dibeli? Mungkin itu pemikiran sesetengah dari kita. Waima aku sendiri terkadang berfikiran seperti itu. Nilai seringgit tu seolah-olah 'buat lekat celah gigi je'.

Semalam kebetulan ada saudara yang berkunjung beraya ke rumah 'bujang' kami. Alang kepalang mesti la kami nak menjamu untuk lunch sekali. Kebetulan terdapat barang dapur yang dah habis, maka aku pun pergilah ke kedai berdekatan untuk membeli keperluan yang kehabisan tu. Sebelum tu teringat dalam purse duit cash hanya tinggal ringgit-ringgit je.

So rujuk kepada kakak dan di tangan dia cash hanya RM40 sahaja. Oke la tu sekali belanja cukuplah. So aku pun pergi la ke kedai berdekatan kediaman untuk membeli apa yang perlu. Semasa keluar dari kedai seusai membeli santan kelapa, aku disapa oleh seorang wanita dan lelaki india ni. Si lelaki menolak si wanita yang duduk di atas kerusi roda.

Wanita India: Adik minta seringgit dua dik, kami banyak susah.

Dalam hati aku sedikit gusar sebab tak kenal dan tetiba je nak minta kat aku kan.

Aku: Kenapa ye?

Bertanya dalam nada curious dan berjaga-jaga sebab aku seorang perempuan dan tak ramai yang ada di kawasan tersebut.

Wanita India: Susah adik, mahu seringgit pun takpe, suami banyak susah.

Muka dia da sedih dengan suami. Aku dalam keadaan teragak-agak membuka handbag dan menghulurkan seringgit kepada wanita india berkenaan. Sempat gak cakap saya pun nak beli barang dapur ni.

Wanita India: Banyak minta maaf dik, terima kasih.

Aku melangkah laju masuk ke kedai. Tapi dalam hati masih berfikir tentang wanita india dan suaminya. Banyak yang bermain di fikiran. Antaranya:

  • Kalau mereka betul-betul takde duit, apa je yang boleh dibeli dengan seringgit tu. Kesiannya.
  • Suami dia tak kerja ke? Dari gaya tak la nampak susah sangat dan muda lagi (dalam 30 an)
  • Tetiba perasaan negatif lak menyelinap, nanti dia aim aku lak lepas ni (nauzubillah min zalik)
  • Dan bermacam lagi fikiran positif + negatif.

Aku: Alhamdulillah punya kerjaya dan masih mampu menyara keluarga walaupun cukup-cukup makan. Rezeki itu hak Dia dan rezeki tu sangat luas....

Bersyukur seadanya dan berusaha menambahbaik apa yang ada...
Nota: Entri ni patutnya dipublish pada tahun 2014. Tuan blog peram...tarikh kat draft 3/08/2014... 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...